Kita Miliki Apa Yang Kita Cenderung

“Weh, ada sales tudung ni. Jomlah tong-tong (kongsi), nanti boleh dapat free shipping” Ni dialog biasa kawan-kawan dan saya sebelum saya kenal emas. Rasa seronok je setiap kali dapat beli tudung yang trendy walaupun kadang-kadang dah tak tahu nak pilih warna tudung. Rasanya semua warna sudah ada dalam hanger tu..

Begitulah kita..Ada orang suka kumpul tudung. Selagi tak ada warna yang matching dengan baju, selagi itu dia kata ‘tak ada tudung’. Walaupun kepala cuma satu.


Ada orang suka kumpul bekas plastik kedap udara. Selagi ada warna dan tema terbaru dalam pasaran, selagi itu dia penuhkan almari hiasan.

Ada orang suka beli apa saja waktu sales. Selagi ada tawaran beli satu percuma empat, selagi itu dia gigih ‘Add to Cart’.

Ada orang suka kumpul hutang. Selagi tak beli, selagi tu takut mati kempunan, mata terbuntang.

Ada orang suka kumpul emas. Selagi ada alasan berjimat dan harga emas turun, selagi itu dia sanggup adjust belanjawan dan kumpul emas hingga bertimbun.

Sebagai penyimpan emas yang tegar, saya suka kumpul setiap keluaran terkini emas koleksi Public Gold. Saya rasa puas hati setiap kali menyusun koleksi-koleksi ini sebab saya tahu saya masih dapat berbelanja (beli emas) tapi dalam masa yang sama, saya sebenarnya memperkukuhkan tabungan masa depan saya.

Apa pun pilihan kita, pastikan tiada penyesalan di kemudian hari. Berbelanja sekadar perlu untuk kelangsungan hidup dan bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan masa hadapan.

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam



Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *