Komisyen Public Gold

Islam tidak pernah menetapkan peratusan keuntungan dalam perniagaan secara terang-terang. Terpulanglah kepada peniaga sendiri untuk meletakkan 100%, 200% mahupun 300% keuntungan atas jualan produk mereka sebab pada akhirnya, pembeli atau pengguna yang akan menentukan produk mana yang patut dibeli berdasarkan kualiti produk/servis dan pilihan yang mereka ada.”

Kopi Bersama Ustaz Kazim

Itu antara intipati yang sempat saya capture berkaitan keuntungan dalam perniagaan khasnya perniagaan online yang diulas oleh Yg Bhg Dato Ustaz Kazim Elias. Nasihat beliau lagi biarlah sedikit keuntungan yang diperolehi asalkan perniagaan itu bertahan lebih lama, berbanding dengan keuntungan yang berlipat ganda tetapi perniagaan itu hanya sementara.

Terus saja terlintas dalam fikiran saya pakej komisyen yang Public Gold tawarkan. Komisyen 1% – 2% yang ditawarkan kepada Dealer yang layak mungkin kelihatan kecil bagi orang yang tamak dan mahu cepat mendapat pulangan besar. Jika belian 1gram emas yang berharga sekitar RM185 (harga GAP_, dealer hanya dibayar RM1.85 – RM 3.70 mengikut tahap dealership dealer berkenaan.

Bila nak kaya?

Kejap lagi saya jawab.

Sejak 8 tahun beroperasi, Public Gold belum pernah gagal membayar komisyen kepada semua dealer yang layak pada setiap 20hb atau 21hb. Dengan jumlah urusniaga melebihi RM 2.5 BILLION, Public Gold masih lagi mengekalkan peratusan komisyen yang sama dengan menambahbaik ganjaran insentif yang lain untuk keuntungan bersama antara Public Gold dan Dealer-dealer yang aktif. Selain itu, Public Gold menyediakan sistem latihan (PG1System) yang komprehensif kepada dealer-dealer yang mahu menjana pendapatan pasif dengan cara yang betul, dibantu oleh ‘Proven Success Mentors’.
Dengan struktur bisnes yang betul, pendapatan pasif sekitar RM4,000 minimum adalah sesuatu yang boleh dicapai. Bak kata Mentor saya, pendapatan RM4000 itu adalah pendapatan ‘musim sejuk’ atau dengan kata lain ‘musim orang tak beli emas’. Jika berlaku Gold Rush, pendapatan pasif boleh meningkat 2x ganda.

Sesiapa yang celik kewangan, dia tahu yang pendapatan pasif RM1000 adalah jauh lebih baik daripada pendapatan aktif RM10,000. Inikan pulak pendapatan pasif RM4000 minimum hanya dengan bina bisnes Public Gold melalui cara yang betul. Tak kaya ke tu?

Serah Duit, Dapat Emas; Bukan dapat pulangan bulanan

Cuma saya suka ingatka, Public Gold hanya syarikat jual beli emas fizikal seperti kedai emas perhiasan yang lain. Bezanya, Public Gold cuma fokus kepada emas simpanan dan pelaburan sahaja. Pelanggan serah duit, Public Gold berikan emas secara GAP mahupun non GAP. Malah, pembelian secara GAP pun pelanggan boleh keluarkan emas fizikalnya dari mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia.

Sejak beroperasi, Public Gold tidak pernah menawarkan skim kutu emas ataupun apa-apa pulangan tetap bulanan (hibah) kepada pembeli-pembeli emas Public Gold. Hati-hati jika ada pihak ketiga yang menawarkan pulangan bulanan dengan pembelian emas Public Gold, takut-takut pihak ini cuma menangguk di air yang keruh seperti skim-skim cepat kaya bertopengkan emas sekitar tahun 2014 dulu. Di sinilah pentingnya ada Introducer yang akan memandu arah yang betul dalam urusan jual & beli emas Public Gold supaya tak perlu bayar yuran kebodohan yang mahal akibat ditipu oleh ejen skim cepat kayaP.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *