Kumpul Emas – Hobi Baru Yang Malar Segar & Bernilai Tinggi


Kredit foto – FB Fan of Ar-Rahnu

Sejak dahulu, POS Malaysia memang ada menjual setem ataupun sampul surat hari pertama. Biasanya pengumpul-pengumpul setem/sampul surat takkan lepaskan peluang untuk jadi yang pertama beratur dan memiliki edisi terhad. Saya juga salah seorang pengumpul setem dari zaman sekolah rendah lagi. Siap ada album khas untuk simpan semua setem-setem tu. Cuma sayangnya hobi mengumpul setem itu tak bertahan lama dan semangat untuk kumpul setem luntur apabila tengok keadaan setem yang bertukar kekuningan kalau simpan lama-lama. Itu belum lagi ada sebahagiannya sudah reput dimakan anai-anai. Oh!

Seiring dengan perubahan waktu, POS Malaysia mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Public Gold untuk mengedarkan jongkong emas 0.5gram, 1.0gram & 1/2 Dinar edisi POS sebagai item yang ‘wajib’ dimiliki oleh peminat-peminat emas edisi terhad ini. Satu penghargaan tertinggi kepada Public Gold apabila sebuah entiti perniagaan yang pernah dimiliki oleh kerajaan memberi kepercayaan untuk menjadi pengedar emas keluaran Public Gold. Jika bukan disebabkan reputasi dan kredibiliti yang dimiliki  oleh pengurusan Public Gold dan juga produk Public Gold yang bebas GST kerjasama ini mesti mustahil untuk jadi realiti.

Berbalik kepada hobi mengumpul emas ni, ianya timbul semula secara tak sedar apabila berjinak-jinak dengan emas fizikal Public Gold. Sejak Public Gold sediakan GAP sebagai platform untuk kumpul emas serendah 1gram, sedar tak sedar ramai juga penyimpan emas Public Gold dapat hobi baru. Semalam ketika saya muatnaik satu posting tentang hobi baru ini, ianya mendapat ‘sokongan’ Dato’ Louis Ng apabila beliau turut share posting saya di wall. Terima kasih Dato’.

Boleh dikatakan Public Gold sentiasa berusaha keluarkan design baru & segar untuk koleksi 1gram LBMA. Bermula dari edisi klasik, Happy Birthday, Wedding, Festive (Raya & Gong Xi Fa Chai) hinggalah kepada New Born dan Love, Unit Grafik Public Gold tidak pernah kering idea untuk berkarya dan hasilkan ‘buah tangan’ yang mesti laku keras sebaik sahaja dilancarkan. Saya secara peribadi ada mengusulkan kepada Public Gold melalui email supaya edisi 1gram LBMA ini dikeluarkan dengan tema “Thank You” & “Congratulations”. Ini berdasarkan maklumbalas yang bertanyakan tentang kedua-dua edisi tersebut setiap kali Public Gold lancarkan koleksi terbarunya. Sama-sama kita nantikan jika idea itu diterima 😛

Ketika artikel ini ditulis, Public Gold baru sahaja lancarkan edisi Happy Birthday yang terkini dengan design berbunga-bunga. Makin berbunga-bungalah hati si penerimanya nanti. Selain itu, difahamkan design Happy birthday terdahulu yang berasaskan warna ungu tidak lagi akan dikeluarkan sebaik sahaja stok di cawangan habis.
Maknanya, ia akan jadi ‘rare’ item dan biasanya pengumpul (Collector) edisi terhad sanggup bayar lebih tinggi daripada harga pasaran untuk dapatkan sekurang-kurangnya sekeping sebagai salah satu koleksi terhad. Sembang-sembang sesama Dealer Public Gold, ada yang berkongsi cerita ada yang sanggup beli jongkong emas 1gram edisi Raya 1436H dengan harga RM300 sekeping (Harga runcit sekarang sekitar RM210 sekeping).

Jadi, rakan-rakan yang sudah tergerak hati nak mulakan simpanan emas fizikal tapi masih lagi tercari-cari platform terbaik, cuba ambil masa sekejap. Tarik nafas dalam-dalam dan berfikir secara tenang. ‘Kalau POS Malaysia pun tak ragu-ragu mengedarkan emas Public Gold, kita
pun mestilah yakin untuk sama-sama mulakan simpanan emas Public Gold’. Pastikan hobi kita pada masa ini akan kekal bernilai tinggi pada masa akan datang.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.
 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *