Kunci Harga Emas Tak Kira Waktu

Kredit foto: fggam.com
Salah satu ciri utama emas pelaburan yang terbaik ialah harga yang rendah daripada harga kedai emas. Selain harga rendah, kalau ada pilihan untuk membeli emas mengikut harga emas dunia, ini merupakan BONUS BERGANDA! Walaupun jam 2pagi waktu tempatan, harga emas tetap bergerak 24 jam sehari (kecuali cuti umum dan cuti hujung minggu) mengikut turun atau naik harga emas semasa. Maksudnya sebagai pembeli, kita boleh mengunci harga emas ketika harga emas jatuh.

Pembeli dan pemilik emas Public Gold dapat mengunci harga pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Public Gold mengemaskini harga setiap 20 minit iaitu satu sela masa yang terbaik dan yang paling kerap berbanding syarikat penjual emas yang lain di Malaysia. Kekerapan Public Gold mengemaskini harga ini memberi kelebihan kepada pembeli untuk MEMBELI atau penjual untuk MENJUAL semula emas miliknya pada apa saja harga yang mereka inginkan.
Apabila harga sentiasa dikemaskini, kebolehan kunci harga juga penting. Ini kerana pembeli atau penjual emas tidak akan terlepas harga pilihannya kerana ia telah diikat. Maksudnya jika sesiapa telah mengunci harga belian ketika harga jatuh pada waktu malam, harga tersebut akan tertera pada invoice yang Public Gold keluarkan. Walaupun keesokan harinya harga telah meningkat naik, pembeli hanya perlu membayar jumlah yang tertera dalam invoice yang diemelkan kepadanya. Bayaran pula perlu dijelaskan selewat-lewatnya dalam 3hari bekerja.
Begitu juga apabila pemilik emas ingin menjual emas tersebut ketika harga melambung. Sebaik sahaja urusan ‘buy back’ berjaya dilakukan secara online, pemilik emas perlu menyerahkan emas tersebut di cawangan Public Gold terdekat dalam masa 24jam. Ini penting supata Public Gold akan membuat bayaran ke dalam akaun penjual dalam masa satu atau dua hari bekerja (tertakluk kepada bank si penjual).
Secara peribadi, ini adalah keistimewaan yang Public Gold sediakan untuk para pelanggannya. Kebolehan untuk mengunci harga dalam taliannya sangat telus dan efisyen.

 
You pay what you lock!
 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *