Logam Berharga & GST

Sedikit perkongsian tentang pegecualian GST ke atas logam berharga pelaburan.

****Dibawah merupakan SEBAHAGIAN daripada senarai logam berharga yang
mendapat pengecualian GST seperti yang tertera didalam dokumen Perintah
Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014.

Logam berharga (Precious Metal) pelaburan adalah seperti:

(a) Emas yang –
                      (i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer
                      (ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%, dan
                      (iii) memiliki ciri pelaburan***

Jongkong emas Public Gold menepati piawaian logam pelaburan tanpa GST

(b) Perak yang –
                      (i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer
                      (ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.9%, dan
                      (iii) memiliki ciri pelaburan***

(c) Platinum yang –
                      (i) dalam bentuk bar, jongkong atau wafer
                      (ii) mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99%, dan
                      (iii) memiliki ciri pelaburan***

*** Logan berharga mempunyai ciri pelaburan jika

(a) ia telah ditapis oleh –
                      (i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good
Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau
perak; atau

                      (ii)seorang penapis yang atau telah berada dalam
senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market dalam
hal platinum.

(b) ia mempunyai suatu tanda atau ciri yang diterima sebagai suatu standard antarabangsa yang menjamin kualitinya; dan

(c) ia didagangkan pada suatu harga berdasarkan harga tetap emas,
perak atau platinum, mengikut mana-mana yang berkenaaan, di pasaran
bullion antarabangsa.

Wafer Dinar Public Gold juga tanpa GST

<Sumber daripada Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014. P.U [A] 271>

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *