Manfaat Emas Kepada Pemilik Bisnes Kecil Dan Sederhana

Bagi pemilik bisnes yang berniaga dalam skala yang kecil dan sederhana, mereka akan buat satu akaun khas untuk track aliran keluar dan masuk wang tunai. Selagi tak asingkan duit bisnes dengan duit personal, kebarangkalian untuk merompak duit bisnes sendiri sangatlah tinggi.  Cabarannya di sini ialah kekangan masa untuk buat rekod kewangan yang bagus. Ada juga pemilik bisnes terutama bisnes kecil yang kurang ilmu dalam merekod untung rugi bisnes mereka.

Kalau mengikut pemerhatian sendiri berdasarkan pengalaman suami saya yang ada perniagaan enterprise, kebarangkalian untuk ‘terguna’ duit bisnes memang tinggi. Sementara hendak tunggu bayaran masuk untuk projek tertentu yang ada kalanya lewat atas faktor-faktor teknikal, duit bisnes yang tersimpan dalam bentuk tunai itu mesti akan terusik walaupun sikit. Bila dah usik duit tu, memang lambat untuk top up semula walaupun selepas bayaran masuk dah settle berbulan-bulan. Itu belum lagi cerita bila dah dapat projek seterusnya tapi duit bisnes tak cukup untuk mulakan projek sebab duitnya dah terpakai dan belum diganti. Oh!


Manfaat #1: Emas Sebagai Modal Pusingan Yang Kalis Bocor

Penyelesaian kepada masalah kebocoran modal itu ialah dengan tukarkan sebahagian besar duit bisnes kepada emas fizikal. Emas fizikal itu hanya di’check-in’kan di Ar Rahnu POS untuk dapatkan tunai segera selepas projek tersebut dianugerahkan kepada lesen perniagaan suami. Jumlah kepingan yang diarrahnukan pun hanya cukup-cukup untuk cover kos projek saja. Kalau tunai yang diterima kurang sedikit daripada kos sebenar projek, dia akan tampung dengan duit sendiri. Dan sebaik sahaja bayaran untuk projek itu diterima, dia akan cepat-cepat tebus emas fizikal itu untuk jimatkan kos upah simpan. Berbanding kalau duit bisnes masih dalam bentuk tunai, ada harapan lagi lambat untuk dia penuhkan semula duit modal bisnes macam pengalaman lepas.

Manfaat #2: Keuntungan Perniagaan Diikat Dengan Emas

Biasanya bila dah selesai urusan tebus emas di Ar-Rahnu POS, suami saya akan tukarkan duit keuntungan perniagaan dalam bentuk emas juga. Maksudnya dia hanya biarkan duit tunai dalam jumlah yang ‘selayaknya’ duduk dalam akaun bisnes. Selebihnya mesti ditukarkan kepada emas fizikal. Katanya lebih mudah untuk tengok perkembangan modal bisnes dengan pertambahan gram emas yang terkumpul setiap kali selesai satu-satu projek. Kalau akan datang dapat projek yang lebih besar, maknanya jumlah modal yang diperlukan juga lebih besar. Sebaiknya dia sediakan modal yang lebih besar tanpa perlu meminjam daripada individu ataupun mana-mana institusi kewangan.



Manfaat #3: Emas Adalah Tunai Segera Tanpa Perlu Meminjam

Emas fizikal
yang disimpan dalam tangan itulah tunai segera yang sebenar. Bawa sahaja emas fizikal ke Ar Rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas. Pemilik
bisnes tak perlu pening kepala untuk buat pinjaman dari mana-mana
institusi kewangan tambahan pula kalau perlukan pinjaman untuk tempoh
yang singkat antara 6 – 12 bulan. Emas yang dicagarkan di Ar-Rahnu itu disimpan dalam tempoh maksimum hingga 6 bulan. Katakan projek yang kita jalankan belum dapat bayaran dalam masa tersebut, kita cuma perlu datang ke Ar-Rahnu untuk bayar upah simpan dan minta mereka sambungkan tempoh cagaran untuk 6 bulan lagi. Pastikan kita bayar upah simpan sebelum tarikh 6 bulan tu berakhir ataupun risikonya emas kita akan dilelong.

Jadikan emas fizikal sebagai kubu pertahanan kewangan kita sama ada kewangan peribadi ataupun kewangan bisnes. Sifat manusia yang memang sayangkan emas secara semulajadi itulah yang menyebabkan kita tak sewenang-wenangnya menjual emas kalau tidak betul-betul terdesak berbanding kita menggunakan duit tunai dalam bank apatah lagi dalam dompet.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *