Manfaat Simpan Emas Kepada Pelajar IPT

Beruntung adik-adik yang masih belajar di Institut Pengajian Tinggi dan ada kesedaran menyimpan duit & emas sekarang. Waktu saya sebaya mereka dulu, kesedaran menyimpan hampir tiada. Setiap kali masuk semester baru, saya & rakan-rakan masing-masing tak sabar nak tunggu duit biasiswa ataupun PTPTN masuk. Kalau beringat nak menyimpan pun, jumlahnya amatlah sikit.

Bagi seorang pelajar, simpanan amat penting untuk keperluan masa depan. Waktu belajar di universiti lah sebenarnya kita patut mula menabung untuk masa depan sebaik sahaja tamat pengajian kelak. Dengan Akaun Emas GAP yang Public Gold sediakan, adik-adik boleh tukarkan simpanan duit dalam bentuk emas supaya kalis bocor dan kalis inflasi.

Antara sebab-sebab utama pelajar IPT kena menyimpan duit (emas):

1) Dana Kecemasan sementara kerja tetap @ Modal Berniaga
Ramai anak muda yang baru habis belajar tapi belum dapat kerja. Dengan adanya simpanan emas, adik-adik masih boleh ‘survive’ sementara nak dapatkan pekerjaan yang berikan gaji yang setimpal dengan kelulusan. Adik- adik boleh juga buka bisnes secara kecil-kecilan dengan hanya cairkan simpanan emas tadi tanpa perlu berhutang dengan ibu ayah ataupun keluarga.

Jom tengok jumlah simpanan:
 
a) Katakan setiap kali dapat PTPTN @ biasiswa pada awal semester, adik-adik asingkan terus 1 dinar (4.25gram)
 
Lepas 6 semester, ada 6 dinar dalam simpanan.
Lepas 8 semester, ada 8 dinar dalam simpanan.
 
b) Katakan adik-adik pilih untuk simpan #1gram1bulan:
 
Sebulan simpan —-> 1gram tanpa gagal
 
Lepas 4 tahun ——> 1gram x 12bulan x 4 tahun = 48gram.
 
Harga hari ni sekitar #RM8000.
 
Banyak tu!

 

Bagi saya, ini satu jumlah simpanan yang sangat bagus bagi seorang ‘penganggur’ sementara hendak dapatkan pekerjaan tetap. Kalau nak berbisnes pun, adik-adik sudah ada dana yang mencukupi untuk mulakan bisnes. Lagipun, seperti pesan Guru Bisnes, Puan Ainon, mulakan perniagaan dengan apa yang ada ditangan & kos permulaan bawah RM2000.

2) Modal beli aset hartanah
Simpan emas lebih bertahan daripada kebocoran wang & inflasi. Ketika masih belajar pelajar IPT boleh menyimpan aset paling mudah mampu milik iaitu EMAS. Emas mampu dibeli serendah RM100 atau 1gram. Dengan tempoh belajar di IPT antara 3 – 4 tahun, nilai emas yang disimpan bakal meningkat naik dan hasil ‘keuntungan’ menyimpan emas boleh dinikmati sebaik sahaja tamat pengajian. Emas yang disimpan sepanjang tempoh pengajian boleh dicairkan untuk membeli aset hartanah sebaik sahaja layak buat pinjaman bank. Aset hartanah i.e mungkin rumah lelong/rumah kos rendah yang dibeli itu boleh disewakan untuk jana pendapatan pasif.

3) Kahwin
Adik-adik yang merasakan sudah bersedia untuk menamatkan zaman solo sebaik sahaja tamat pengajian, simpanan emas boleh digunakan sebagai Mas Kahwin & sedikit untuk kenduri walimatulurus. Tips bagi adik-adik perempuan, walaupun pemberian Mas Kahwin adalah daripada pihak bakal suami tapi si gadis boleh ‘sediakan’ Mas Kahwin emas itu sendiri. Caranya cuma beli dan simpan emas seperti biasa. Bila sampai jodohnya nanti, cuma perlu berbincang dengan bakal suami berapa Mas Kahwin yang dipersetujui. Contohnya 10 Dinar. Si gadis keluarkan 10 Dinar daripada akaun GAP dan jualkan pada bakal suami pada harga ‘buy back’. Duit yang diterima hasil jualan (harga hari ni sekitar RM7500) boleh digunakan untuk kenduri doa selamat tersebut & si gadis bakal dapat semula 10 Dinar yang dijual sebagai Mas Kahwin!

 

 

 

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *