Manfaat Simpanan Emas Kepada Kakitangan Swasta

Saya bekerja di sektor swasta sejak tamat pengajian di universiti lagi. Tahun 2017 ni dah masuk tahun ke 12 bekerja di syarikat yang sama; tak pernah join syarikat lain hatta lompat-lompat syarikat. Sepanjang berkhidmat di sini, pernah juga mohon beberapa jawatan dalam perkhidmatan awam. Umum tahu yang masa depan dalam perkhidmatan awam lebih terjamin tambahan lagi dengan skim pencen yang kerajaan sediakan. Cuma baru-baru ini, dalam satu seminar yang saya hadiri dan telah diperakui oleh pakar-pakar kewangan, skim pencen yang ada cuma sesuai untuk mereka yang pencen sekarang; bukan lagi untuk 20-30 tahun akan datang. Ada banyak sebab kenapa mereka berikan kesimpulan begitu tapi yang paling utama ialah duit kertas semakin terhakis nilainya dari hari ke hari.

Nilai Duit Susut Dalam Jangka Panjang

Walaupun adanya skim pencen yang diberikan separuh daripada gaji terakhir, rasanya ianya masih tidak berbaloi dengan kenaikan harga barang hampir setiap masa. Duit kertas bukanlah medium simpanan jangka panjang yang bagus. Kadar tukaran wang yang semakin rendah menyebabkan peniaga-peniaga yang mengimport barangan mereka terpaksa bayar lebih untuk dapatkan barang & kualiti yang sama. Kita sebagai pengguna akhir yang perlu serap semua kos kenaikan itu. Betul tak? Jika kakitangan kerajaan yang bakal mendapat pencen pun belum mampu hidup ‘senang’ disebabkan nilai matawang yang makin kecil, apatah lagi kita yang bekerja di sektor swasta.

Atas faktor ini, saya secara peribadi ambil langkah proaktif untuk buat simpanan jangka panjang dalam bentuk emas fizikal sebab:

  1. Kuasa Beli Emas Terjamin
  2. Emas Mudah Ditukar Kepada Tunai
  3. Kekayaan Dalam Kawalan Kita Sendiri
  4. Aset fizikal mampu milik

#1 Kuasa Beli Emas Terjamin

Dalam buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’, En Syukor Hashim ada berikan kajian kes yang mengatakan harga seekor kambing baka bagus bernilai sekitar 1 Dinar sejak zaman Nabi lagi. Selepas lebih 1400 tahun, harga yang sama masih relevan hari ini. Maksudnya jika kita ada simpanan 1 Dinar, kita boleh beli seekor kambing walaupun 20-30tahun akan datang. Mungkin dalam ukuran RM, harganya boleh jadi RM2000-RM3000 seekor nanti. Sama jugak halnya jika hari ni, belanja dapur kita sekitar 2gram sebulan (RM200 x 2gram = RM400), saya percaya pada masa akan datang 2gram itu cukup sebagai belanja bulanan kita walaupun masa itu harganya sudah jadi RM800-RM1000 sebulan. Bukan barang yang makin mahal, tapi nilai duit yang makin kecil. Dulu harga minyak masak 5kg cuma sekitar RM14.00 tapi hari ni harganya RM23 sebotol selepas subsidi ditarikbalik! Jadi nampak tak kesan inflasi ke atas emas berbanding duit kertas?

#2 Emas Mudah Ditukar Kepada Tunai

Bak kata guru saya, ‘Emas macam duit tunai juga cuma dalam bentuk berbeza’. Kita tak rasa kita berduit sebab tak nampak angka yang banyak dalam bank tapi kita tahu kita ada ‘something’ dalam simpanan yang boleh ditukar pada tunai pada bila-bila masa. Jadi untuk simpanan umrah & haji, saya tetap buat simpanan dalam bentuk emas. Masa daftar haji, saya gunakan kemudahan ‘Daftar Haji Dengan Akaun 2 KWSP’. Maksudnya saya tak sediakan RM1300 sebagai ‘booking fee’ untuk buat pendaftaran haji saya. Jadi saya cuma teruskan menabung emas dalam Akaun Emas GAP. Insha Allah bila sampai masanya untuk ke Mekah, saya cuma perlu jual sahaja emas yang dah terkumpul dalam akaun emas GAP ataupun jual sahaja emas fizikal yang ada di tangan dan hasil jualan itu saya transfer ke Akaun Tabung Haji. Mudah kan?

#3 Kekayaan Dalam Kawalan Kita Sendiri

Disebabkan pekerja swasta tak ada pencen, kita tak bergantung kepada pihak ketiga i.e kerajaan untuk tetapkan berapa nilai “Hadiah Persaraan” & “Ganjaran Bulanan” yang kita terima setiap bulan nanti. Kerajaan boleh tarik balik keistimewaan pencen ini pada bila-bila masa sahaja. Berbanding simpanan emas, kita yang berkuasa menentukan berapa jumlah simpanan emas pada hari terakhir kita bertugas di syarikat tempat kita bekerja. Walaupun gaji yang dibayar itu ‘tetap’, kita yang menentukan berapa peratus jumlah gaji yang mesti diasingkan setiap bulan untuk dapatkan jumlah simpanan yang lumayan. Lagi banyak simpanan emas sebulan, lagi banyak jumlah gram yang terkumpul. Bila sebut tentang simpanan, memang apa yang disimpan untuk digunakan bila benar-benar terdesak ataupun dalam situasi kecemasan ataupun pelaburan masa depan paling kurang pun 15 tahun dan ke atas. Maksudnya selagi tak ada keperluan untuk digunakan, simpan aje sampai saat kita perlukan, baru jual.

#4 Aset Kecil Pada Harga Mampu Milik

Secara peribadi, saya tambahkan simpan emas melalui duit ‘claim’ yang saya dapat beberapa bulan sekali. Maknanya, selain daripada asingkan duit gaji bulanan untuk 1gram emas, saya pastikan duit claim yang diterima akan ditukar kepada gram emas saya & anak-anak. Ada lebih, baru reward diri sikit-sikit. Lagipun emas public gold boleh dibeli serendah 1gram melalui Akaun Emas GAP. Kalau nak simpan item yang lebih kecil, item 0.5gram yang comel pun ada. Walaupun pekerja swasta tak semuanya dapat elaun tambahan seperti kakitangn awam, kita masih boleh miliki emas sebagai tabungan jangka panjang.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *