Cara Mudah Jual Emas/Perak

<Dikemaskini 25 Julai 2017>
Memandangkan harga emas ketika ini dalam trend menaik (22/3/2017 : 1gram GAP RM192/g), saya terima beberapa mesej daripada customer saya yang bercadang & berkira-kira menjual semula emas mereka. Bagi mereka yang mula membeli sejak tahun 2015 yang ketika itu cuma RM149/g, mereka dapat jual semula pada harga sekitar RM175/g. Maknanya mereka simpan emas tersebut dalam 2 tahun dan boleh dapat keuntungan antara RM20 – RM 25 per gram.
Lebih berat item yang mahu dijual, lagi banyak keuntungan RM yang bakal diperolehi. Kuncinya adalah SABAR.
Lagipun, otai-otai dalam bidang kewangan selalu sebut yang emas ini lebih kepada simpanan jangka sederhana dan jangka panjang.

1) Jual Emas dalam Akaun GAP

Sesiapa yang beli emas cara GAP, dia tak wajib keluarkan emas fizikal dalam akaun GAP. Di sini dia dah jimat daripada membayar ‘caj premium’ yang dikenakan ke atas semua jenis item yang dikeluarkan daripada akaun GAP.

Cara nak jual emas dalam akaun GAP amatlah mudah.

Login >  My GAP > Buy Back > Masukkan jumlah berat yang mahu dijual > Klik Request

 

GAP Statement

Public Gold akan kreditkan duit ke dalam akaun bank pemilik emas dalam masa 1 – 2 hari bekerja bergantung kepada
proses transaksi bank.

2) Jual Emas Fizikal

Sesiapa yang mahu menjual emas yang disimpan sendiri, boleh lock harga terbaik di website pada bila-bila masa. Dan dalam tempoh 24jam, emas fizikal tersebut mesti dihantar semula ke ofis Public Gold supaya staff boleh proses bayaran balik secepat mungkin.

Login >  Order > Buy Back Order > Pilih item & kuantiti yang mahu dijual

 

Semua maklumat mesti dipilih/diisi. Kemudian tekan ‘Place Buyback’

Sama macam penjualan emas dalam akaun GAP, Public Gold akan kreditkan duit ke dalam akaun bank pemilik emas dalam masa 1 –
2 hari bekerja bergantung kepada proses transaksi bank.

p/s:
Pelanggan akan dikenakan caj penalti 5% jika gagal menyerahkan item emas/perak dalam tempoh 24jam selepas selesai lock harga di website.
Jadi, ada baiknya tak perlu lock harga buy back terlebih dahulu jika tidak pasti boleh serahkan item emas/perak dalam tempoh 24jam.

Mudah kan?

 

Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam
p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.