Menabunglah dalam bentuk emas & perak dari sekarang.

Tak perlu tunggu ada duit yang banyak baru nak mula. Mulakan sedikit demi sedikit,lama-lama jadi bukit.Sekadar berkongsi cara saya tambahkan simpanan emas dengan bajet bulanan yang amat ketat.

Setiap kali dapat claim untuk parking bulanan yang kadarnya RM150 sebulan, saya akan terus ‘sangkutkan’ dengan 1 gram emas melalui Kaedah GAP. Dana claim yang syarikat sediakan ini HANYA boleh digunakan untuk bayaran semula yuran parking, pakej percutian dan belian alatan pendengaran atau penglihatan.

Jadi dengan duit yang jika saya tak claim, saya memang takkan dapat merasa pun, adalah lebih baik saya gunakan dana itu untuk bayar parking dan beli emas. Ini merupakan peruntukan wajib bagi saya dan saya akan terus menambah gram emas sendiri setiap kali dapat gaji.

Anda juga boleh buat macam yang saya buat.

Sekiranya anda mendapat bonus mahupun tunggakan gaji, maka jangan
bazirkannya untuk perkara yang kurang berfaedah sebaliknya manfaatkanlah
sebaik mungkin.

Simpanlah dengan niat untuk :
1) Tunaikan Umrah dan Haji
2) Mas Kahwin dan Kos perkahwinan
3) Tabungan jangka panjang untuk diri sendiri
4) Dana pendidikan anak-anak
5) Harta pusaka untuk warisan anak-anak
6) Diinfakkan sebahagian ke jalan Allah swtp/s: Alang-alang simpan emas, biar sampai cukup haul dan nisab dan
bersyukurlah kerana kita menjadi salah seorang yang layak membayar
zakat.

Sebarang pertanyaan dan sembang-sembang pasal emas, hubungi saya.
Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *