Merah kah? Kuning kah? Hijau kah?

Bukan warna lampu isyarat tapi inilah warna-warna dompet yang murah pada harganya tapi sentiasa mahal isinya. Beberapa ketika dulu tabung duit berwarna (hijau, merah & oren) menjadi viral di media sosial. Saya pun teruja asingkan duit hijau dengan harapan bolehlah menambah tabungan duit sedia ada.  Cuma fitrahnya duit, memang sedap dibelanjakan. Kalau saya ke pejabat, bajet untuk lunch saya memang hanya sekitar RM5  (RM4.50 – nasi putih, ayam seketul & sejenis sayur). Bila agak2 malas nak pecahkan duit, maka tabung hijau inilah yang jadi mesin ATM segera sebab tak perlu susah-susah cari duit tukar.

Kita pun tahu yang duit RM5 ini tak diterima oleh Cash Deposit Machine (CDM). Jadi, dulu setiap kali nak bank in duit, saya perlu ke bank dan bank in cara old school. Cabaran lagi jika tabung dah penuh dan kita belum ada kelapangan nak ke bank untuk bank-in tabungan tu. Memang besar kemungkinan duit tabungan akan dipakai dulu sementara nak masukkan duit dalam akaun.

Tapi sekarang bila dah update matlamat menabung dan dah jumpa kaedah tabungan kalis inflasi, sebaik sahaja si hijau
cukup untuk dapatkan 1 Dinar, cepat-cepat lock sekeping supaya duit
tabungan tak bocor. Cepat atau lambat himpunan si hijau bertukar kepada 1 Dinar bergantung kepada kekerapan dapat  baki RM5 untuk setiap kali pergi beli barang. Ada juga ketikanya baki RM15 dipulangkan dengan RM5 x 3keping, nak tak nak kesemuanya perlu dimasukkan dalam tabung berwarna tu.

Ada juga rakan yang saya kenal pilih untuk menabung RM10 untuk ditukarkan kepada jongkong emas yang merah menyala tu. Katanya sesuai sangat duit RM10 merah tu ditukar kepada jongkong emas yang sepadan. Kalau kepingan RM1 pula, dia dalam proses nak beli 10Dirham LBMA yang baru. Saya sangat kagum dengan usaha dan matlamat yang dia letakkan dalam aktiviti menabung ni. Saya doakan beliau istiqamah.

Orang yang dah mula menabung khususnya emas, dia akan rasa seronok untuk terus beli dan simpan emas. Dia boleh pilih 4 cara di bawah untuk buat belian emas mengikut kesesuaian.

1) Beli melalui Kaedah GAP (ONLINE)
2) Belian terus di website (ONLINE)
3) Belian di cawangan PG (OFFLINE) – walk in
4) Belian stok sedia ada dengan Dealer (OFFLINE) – Self collect/ COD

Penerangan lebih lanjut saya ada perincikan di SINI

Untuk setiap kaedah belian, boleh letak saya sebagai introducer supaya mudah saya bantu follow-up dengan pihak Public Gold, jika perlu.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *