Mulakan Langkah Pertama Mengikut Kemampuan

Walaupun sudah ada kesedaran untuk menyimpan emas fizikal, tapi
selagi tak buat belian pertama hatta serendah 1gram sekali, seseorang
itu takkan tahu bila masa yang paling sesuai untuk memborong emas. Lagi
lama dia menunggu harga rendah, lagi selalu dia akan terlepas peluang
untuk memiliki emas semasa harga rendah. Ini kerana dia tak perasan pun
bila harga emas turun ke paras rendah. Jadi sebaiknya, jangan berlengah
untuk buat belian kali pertama ataupun nak tunggu harga emas rendah.

Sepanjang saya berkecimpung dengan simpanan emas fizikal ini, saya perhatikan ada 2 kategori peminat emas ataupun orang yang sudah ada kesedaran tentang kepentingan menyimpan emas fizikal.

 
Kategori #1. Yang bertindak dengan segera untuk bermula.

* Mereka membeli emas secara konsisten tanpa mengira sama ada harga tinggi atau rendah. Contohnya, mereka sudah tetapkan pada setiap 1haribulan (atau mungkin pada hari gaji), mereka akan beli sekurang-kurangnya 1gram emas melalui Kaedah GAP.

*  Sedar tak sedar, mereka telah pun merasai pengalaman membeli emas pada harga tinggi dan rendah mengikut BENCHMARK mereka sendiri.

* Bagi kategori pelabur emas, mereka juga sudah merasai UNTUNG TUNAI apabila menjual emas tersebut ketika harga emas melonjak naik.

* Bagi kategori penyimpan emas, mereka juga mungkin sudah MENGELUARKAN ZAKAT (bagi Muslim) kerana simpanan emas mereka sentiasa bertambah selari dengan peredaran masa. Yang paling penting, mereka telah dapat menyelamatkan sebahagian besar wang daripada KEBOCORAN TUNAI
*


Kategori #2: Yang tunggu dan lihat, dan biasanya akan terus menunggu

* Mereka lebih suka melihat pergerakan harga emas sahaja tanpa tindakan selanjutnya. Walaupun ada nawaitu nak jadikan emas fizikal sebagai simpanan, tapi atas sebab-sebab yang hanya mereka (dan Allah) sahaja yang tahu, mereka kekal menunggu, melihat dan sesetengahnya terus merungut yang harga emas mahal.

* Mereka terus merungut tanpa sedar betapa dahsyatnya kesan inflasi ke atas duit kertas. Walaupun kerajaan mengumumkan kadar inflasi negara sekitar 3% hingga 4% setahun, tapi dengan kejatuhan nilai matawang ringgit, kadar inflasi boleh melonjak lebih tinggi daripada itu.

Berdasarkan pengalaman sendiri, saya mulakan belian emas secara Kaedah GAP ketika harganya RM135/gram sekitar bulan Oktober 2014. Harga emas terendah ketika itu RM133/gram tapi disebabkan belum ada bajet, saya ‘terlepas’ peluang untuk beli pada harga paling murah. Sebaik sahaja cukup bajet, saya terus buat belian walaupun harganya naik RM2/gram supaya saya boleh dapatkan BENCHMARK saya sendiri dengan segera. Dengan meletakkan diri saya dalam kategori pertama, saya terus buat belian emas secara konsisten pada bila-bila masa saya ada bajet.

Benchmark saya: Harga RM164/gram adalah harga emas tertinggi seperti yang tercatat dalam GAP statement saya

Jika ambil kira faktor kejatuhan nilai matawang ringgit, agak mustahil untuk dapat harga di bawah RM140/gram. Tapi jika kita ada matlamat yang jelas dalam tabungan emas fizikal dan tahu kepentingan menyimpan emas fizikal, kita tetap akan terus menambah gram emas walau setinggi mana pun harga emas melonjak.

Buat Belian Mengikut Kemampuan

Untuk cepat faham pergerakan naik dan turun harga emas, buat belian pertama terlebih dahulu mengikut bajet yang ada. Kalau mampu beli 1 dinar, terus mulakan dengan 1 dinar. Kalau mampu dengan bajet untuk 1 gram, mulakan terus dengan 1 gram. Kalau nak mulakan dengan goldbar, belian secara Kaedah GAP adalah lebih baik sebab harga per gram lebih murah berbanding belian terus. Yang penting, mulakan langkah pertama dalam penyimpanan (dan pelaburan) emas fizikal tanpa perlu menunggu harga rendah supaya lebih tahu untuk pantau harga emas terkini. Lagipun, semakin cepat mulakan simpanan emas, semakin cepat untuk faham selok belok ilmu emas termasuklah urusan jual dan beli emas fizikal yang patuh syariah.


Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *