Nak Kaya, Ikut Resmi Orang Kaya

Kredit: GoldSilverCity

‘Belum dapat gaji, nak jimat tak nak rugi
Sudah dapat gaji, duit habis dijoli’

Itu sebahagian lirik lagu – Sebelum & Sesudah – nyanyian Kumpulan Senario.

Bagi saya, ia menggambarkan keadaan sebenar kebanyakan orang termasuk saya sebelum direzekikan Allah untuk tahu tentang ilmu emas. Sebaik sahaja dapat gaji, senarai bil untuk dibayar secara online sudah beratur panjangnya. Akaun bank umpama tempat parking duit gaji sebelum ianya diagih-agihkan kepada pembayaran & perbelanjaan bulanan. Mujur sebelum ini ada ‘force saving’ dalam bentuk insurans yang saya adakan dengan buat standing instruction setiap bulan. Kini force saving itu saya dah surrender atas sebab-sebab tertentu dan faktor hukum antara sebabnya.

Menurut kajian cerdik pandai, orang-orang kaya mempunyai tabiat yang sama iaitu mereka menyimpan dulu, dan berbelanja selebihnya. Berbeza dengan orang miskin yang belanja dulu dan simpan bakinya (JIKA ADA). Kalau ikut pengalaman saya, memang jarang ada baki malah silap haribulan, boleh defisit lagi.

Sebaik sahaja diberi kesempatan untuk kenal & tahu kepentingan menyimpan emas fizikal, saya lakukan ini:

1) Tukarkan kesemua duit tabungan anak-anak saya kepada emas fizikal
 
Saya buat belian pertama emas Public Gold dengan kesemua duit tabungan anak-anak saya. Selain daripada motivasi diri (anak yang belum baligh dah ada emas, takkan ibu jadi tukang lock harga je), saya rasakan ini sahaja cara paling selamat supaya saya (dan suami) tidak ada peluang untuk ‘terguna’ duit anak-anak atas apa juga alasan seperti sebelum ini. Disebabkan akaun anak-anak adalah join account dengan saya, jadi saya amat ‘cekap’ menggunakan pilihan ‘own account transfer’ jika mahu gunakan duit anak-anak terlebih dahulu. Walaupun duit tersebut akan diganti kemudian, tapi ianya tak semudah seperti yang kita tulis atas kertas.

2) Beli emas fizikal sekurang-kurangnya 2gram melalui Kaedah GAP dan penuhkan tabung kecemasan (3 bulan pendapatan)
 
Dengan Kaedah GAP, saya terus buat simpanan emas mengikut tahap kemampuan saya ketika itu. Ramai pakar kewangan menyarankan setiap individu sepatutnya mempunyai 6 bulan pendapatan sebagai tabung kecemasan. Dan menurut Encik Mohd Zulkifli, sesiapa yang ada simpanan emas, 3 bulan pendapatan adalah memadai sebagai tabung kecemasan sebab emas juga adalah tunai, cuma dalam bentuk yang lebih stabil).

3) Beli emas fizikal sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk disimpan dan lupakan.
 
Sebaik sahaja cukup simpanan 3bulan pendapatan, saya teruskan menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji untuk disimpan dan dilupakan. Pernah juga saya hanya beli 1gram emas dan selebihnya saya biarkan dalam bentuk tunai. Tapi secara jujurnya, saya masih terasa saya ada lagi bajet yang ‘belum dibelanjakan’ dan hati jadi risau kalau terpakai duit tu. Akhirnya, saya tukarkan duit lebih itu kepada emas juga. Baru lega dan fikiran jadi lebih tenang.

Saya percaya, sesiapa yang sudah ada simpanan emas fizikal, secara automatik nafsu untuk berbelanja dapat dikawal. Bila ada duit lebih, dia akan cek harga 1gram emas dulu. Kalau cukup bajet, mungkin dia akan top up akaun GAP. Jadi secara tak langsung dan dalam tak sedar, simpanan emas bertambah. Inilah tabiat orang kaya yang kita perlu jadikan sebagai ‘gaya hidup’ kita yang dari golongan sederhana.

Kredit: The Rich Dad Company

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *