Penangan Satu Gram Satu Bulan

Biasa tak kalau kita nak cuba beli sesuatu yang baru, kita beli dalam kuantiti yang sikit dulu. Kalau nak beli kuih, mungkin kita beli seketul atau 2 ketul dulu sebab kita belum tahu sama ada kuih tu sedap atau tak. Bila dah tau sedap atau menepati selera kita, kita tak kisah pun beli lebih. Boleh jugak kongsi rezeki dengan kawan-kawan.

Macam tu jugak dengan emas. Disebabkan emas ni sentiasa ‘mahal’ harganya, kita tak pernah terfikir yang kita mampu beli emas kalau hati tu tak kental simpan duit. Sekarang semua tu boleh tolak tepi sebab Public Gold dah sediakan platform terbaik untuk orang awam (Public) untuk sama-sama menyimpan emas (Gold) bermula item serendah 0.5gram secara cash & carry yang harganya cuma RM120. Kalau nak lebih berbaloi, simpan je emas melalui Kaedah GAP yang lebih praktikal.

Secara umumnya, antara kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas ialah:
1) Pembelian emas fizikal 999.9 serendah 1gram secara automatik terus
dimasukkan 100% ke dalam Penyata GAP. Tiada yuran dikenakan untuk
membuka akaun GAP.

2) Memberi peluang orang ramai untuk memiliki emas berkualiti
antarabangsa yang bersijil LBMA serta bebas GST hanya dengan modal kecil
sekitar RM150 – RM 200.

3) Tiada komitmen untuk menambah tabungan emas fizikal secara berkala seperti setiap bulan.

4) Public Gold simpankan emas tersebut secara PERCUMA.
    – Tiada kerisauan untuk fikir cara terbaik menyimpan emas fizikal di lokasi peribadi.
    – Tiada tarikh luput & had jumlah emas fizikal yang dibeli.

5) Kesemua transaksi pembelian dan penjualan semula emas melalui Kaedah
GAP boleh dilakukan secara online, 24 jam sehari, 356 hari setahun. Ini dapat menjimatkan masa dan
tenaga.

6) Memberikan kemudahan orang ramai yang tinggal jauh dari cawangan
Public Gold atau yang tinggal di luar negara untuk membeli emas fizikal.

7) Emas fizikal yang dibeli melalui Kaedah GAP disokong 100% oleh emas
fizikal berketulenan 999.9, ia dilindungi insurans dan boleh diaudit
pada bila-bila masa sahaja.

8) Boleh keluarkan semua emas fizikal yang kita simpan tu pada bila-bila masa. Cuma kalau tak tinggalkan baki 1gram, akaun GAP dianggap tak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM50.
9) Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj premium seperti belian emas fizikal Public Gold yang lain. Selagi tak keluarkan emas tu secara fizikal, gold premium tak dikenakan.
 
10) Ibu atau bapa boleh membuka akaun GAP untuk anak-anak yang berusia bawah 18 tahun; asalkan ada MyKid secara ‘joint account’.

Dengan ciri-ciri Kaedah GAP yang sangat-sangat kompetitif, kita  tak perlu risau atau takut rugi beli emas walaupun cuma 1gram. Kalaupun beli hari ni dan esok harga emas jatuh, emas yang ada pada kita tu tetap 1gram, tak berkurang beratnya walaupun 0.1gram. Sekurang-kurangnya, kita tahu emas tu masih dalam tangan kita.

Penangan Satu Gram Satu Bulan

Kita mungkin pandang kecil emas 1gram tapi kalau kita menyimpan 1gram 1bulan secara konsisten, dalam masa:

Dari 0 bulan – 18 tahun:
216 gram mampu menampung kos pengajian anak-anak di kolej/universiti.
Habis je belajar, boleh terus fokus bina harta, tanpa bebanan hutang.

Dari 18 – 25tahun:
84 gram mampu menampung kos pernikahan yang sederhana dan mulakan kehidupan berumahtangga i.e deposit rumah pertama.
Tak perlu buat personal loan untuk kahwin jika jodoh sampai awal.

Dari 26 – 30 tahun:
48 gram mampu menampung kos ke umrah. Dengan Public Gold, pakej umrah cuma 42.5g saja.

Dari 31 – 38 tahun:
96 gram mampu menampung kos menunaikan haji sekitar 20 Dinar.




Hebatnya penangan apabila kita simpan emas secara konsisten, walaupun cuma 1gram, 1bulan. Hasilnya, anak muda tak terbeban dengan pinjaman pelajaran. Kalau jodoh sampai awal, mereka tak perlu buat personal loan untuk kahwin sebab sekurang-kurangnya dah ada peruntukan untuk Mas Kahwin. Dengan menabung secara istiqamah juga, penyimpan emas dapat juga pergi umrah dengan kos 10 Dinar 42.5gram sahaja. Selesai ibadah umrah, teruskan menabung untuk menampung kos menunaikan haji sekitar 20 Dinar pula.

Kalau kesemua di atas tu nak kita capai dalam masa singkat, lebih kan saja simpanan dalam sebulan bila dapat bonus atau pendapatan lain. Lagipun saya tak nampak lagi kaedah menabung yang lebih berkesan dan nilainya kekal sepanjang zaman melainkan cara menabung emas yang Public Gold perkenalkan iaitu, 1gram 1bulan.

Sesiapa yang nak mulakan tabungan emas Public Gold, jangan lengah hubungi saya.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *