Pengalaman Buy Back Item LBMA Yang Dibuka Seal

Baru-baru ni saya terima Whatsapp daripada customer saya. Dia ada terbaca yang Public Gold kenakan caj pemprosesan 5% ke atas harga jual balik (PG Buy). Saya jarang buat buy back dan rasanya sebelum customer tu tanya, saya cuma buat sekali sahaja buy back. Itu pun sebab nak jual barang kemas yang dah putus cangkuknya. Dan bila saya semak semula resit buy back, memang tak ada pun caj 5% tersebut. Saya ambil keputusan tanya dengan staf Public Gold untuk dapatkan kepastian. Yelah, bila didakwa ada caj pemprosesan sebanyak 5%, secara atomatik spread setiap item jadi lebih besar. Maksudnya kalau spread 8%, dah jadi 13% dan PG tak pernah letakkan sepread yang melebihi 10% untuk item emasnya.

Selang beberapa hari, saya tergerak nak jual goldbar LBMA 20gram yang dibuka sealnya (rujuk gambar). Public Gold ambil semula emas ini mengikut harga goldbar 20gram Non-LBMA @ 10% sahaja. Pada saya itu sangat berbaloi-baloi dan tak ada sesi soal siasat atau soalan yang pelik-pelik sebelum Public Gold terima emas ni. Sekadar makluman, pada hari saya buat buy back, harga buy back 20gram LBMA adalah RM3404. Tetapi memandangkan item LBMA ini sudah dibuka sealnya, Public Gold terpaksa ambil pada harga buy back item non-LBMA i.e Bunga Mas & Tai Fook series iaitu sekitar RM3338. Ada perbezaan harga RM66. Bagi saya ianya masih lagi berbaloi walaupun ‘terlepas’  nak beli sebiji kek Secret Recipe :p.


Ujian Ketulenan & Berat 

Mengikut SOP Buy Back, item yang mahu dijual itu perlu melalui ujian ketulenan menggunakan mesin densimeter. Jadi saya pun ambil peluang untuk lihat sendiri bagaimana staff buat prosedur biasa ni. Lagipun ini kali pertama saya jual goldbar jenama Public Gold. Goldbar seberat 20gram itu diletakkan di atas mesin penimbang dan kami dapati beratnya 20.01gram. Dapat extra 0.01gram lagi. Kemudian goldbar tersebut dimasukkan ke dalam mesin untuk diuji ketumpatan & kejituan beratnya. Alhamdulillah, kedua-duanya LULUS CEMERLANG dan menambahkan keyakinan saya secara peribadi tentang kualiti produk Public Gold. Walaupun ujian tersebut tak sampai pun 10minit, ianya sangat istimewa sebab saya melihat sendiri bagaimana ujian itu dilakukan secara LIVE.

Saya percaya Public Gold sebagai syarikat yang sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri, kepercayaan yang pelanggan-pelanggan berikan mesti dijaga dengan baik. Lagipun tidak ada apa yang perlu diragui lagi dengan ketelusan dan jaminan belian balik yang Public Gold janjikan sebelum ini. Mudah-mudahan Public Gold menjadi tempat alternatif yang terbaik untuk rakan-rakan yang mahu menjual semula emas lama/terpakai dengan harga yang lebih kompetitif.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *