Pengalaman Memajak Barang Kemas Aurora

“Aurora ni boleh pajak ke?” Itu salah satu soalan yang biasa saya terima daripada mesej ataupun seminar. Aurora Italia dibuat daripada campuran emas sebanyak 75% dan logam lain 25%. Jadi, selagi ianya emas, ianya laku untuk pajak. Sebagai jenama barang kemas di bawah Public Gold yang mempunyai rakan bisnes seperti Ar Rahnu Pos Malaysia, bakal pembeli Aurora Italia tak perlu risau. Ar Rahnu Pos sendiri adalah ‘dealer’ Public Gold yang menjual Aurora Italia. Selain tu, Ar Rahnu Pos ada menawarkan pekhidmatan cuci barang kemas pada harga yang sangat berpatutan.

Minggu lepas saya ke Ar Rahnu Pos Kelana Jaya untuk tebus goldbar yang saya pajak. Sambil-sambil tu tangan ni ringan nak tanggalkan gelang tangan (bangle) Aurora Italia yang saya pakai. Saya tanya staf Ar Rahnu jika gelang ini diterima tanpa beritahu ianya Aurora Italia. Bangle saya saiznya M. Selepas staff menimbang beratnya & uji ketulenan, dia bagitahu bangle itu seberat 8.45gram (selepas tolak sedikit berat spring dalam klip kepala Aurora).

Ini kira-kira yang saya catat masa di Ar Rahnu Pos Kelana Jaya.

Harga emas @ Nilai gadaian untuk emas 750 pada hari tersebut ialah RM127.62/g.

Berat Gelang Emas Saiz M = 8.45gram.

Nilai Marhum = 75%.

Wang Tunai yang diperolehi hasil gadaian = RM808.00.

 

 

Untuk makluman, barang kemas Aurora Italia dijual mengikut design dan bukan ikut berat gelang. Cuma untuk tujuan pajakan, berat item masih diambil kira untuk menentukan jumlah duit yang boleh dipinjamkan bercagarkan barang kemas. Walaupun barang kemas dibeli untuk tujuan berhias, ianya masih bernilai untuk dipajak jika kita perlukan tunai.

Terima Kasih kepada staf Ar rahnu Pos yang sudi tolong timbang berat item dan bagi penerangan sedikit tentang kiraan nilai gadaian walaupun saya cuma bertanya tentang ‘kredibiliti’ barang kemas Aurora Italia di mata Ar Rahnu pos. Untuk makluman, saya tak pajak bangle itu sebab saya lebih suka pajak dinar dan goldbar kalau perlukan tunai.

Semoga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *