Penyimpan Emas & Perak lebih peka tentang Zakat

Emas dan Perak adalah logam mulia ciptaan Allah yang tertakluk kepada Zakat harta yang wajib dikeluarkan apabila cukup haul & nisabnya. Apabila kita simpan emas & perak fizikal, kita lebih peka tentang soal zakat Emas dan Perak. Kita lebih bertanggungjawab tentang aset yang kita simpan.

Maka ada yang tak berminat nak simpan emas dan perak sebab katanya kena Bayar Zakat.

Berbanding dengan simpanan tunai, sebahagian daripada kita culas dalam menunaikan zakat atas pelbagai faktor.

Di Selangor, simpanan tunai kurang daripada ***RM11,145 tidak dikenakan zakat.
Di Kuala Lumpur,simpanan tunai kurang daripada ***RM11,308 tidak dikenakan zakat.

***Nilai semasa entry ini ditulis

Jika kita ada simpanan tunai yang sudah cukup haul dan nisab pun kita wajib keluarkan zakat simpanan yang setara dengan nilai emas.

Lihatlah betapa hebatnya emas, nilai zakat wang simpanan juga bersandarkan harga emas semasa.

0.5 Dinar atau 2.125 gram emas diperlukan untuk membayar zakat emas 85gram apabila cukup haulnya.

Jika dibandingkan dengan simpanan tunai, selain bayaran zakat, wang kertas perlu berperang dengan inflasi yang mengurangkan kuasa beli penyimpan. Maknanya jika wang tunai kita itu kita tak kembangkan kepada aktiviti sah yang mendatangkan keuntungan, jumlah terkumpulnya akan menyusut sebab kita kena keluarkan zakat dan bergelut dengan kadar inflasi.

Simpan Emas fizikal merupakan alternatif yang terbaik untuk mengekalkan nilai duit kita sebab Emas Kalis Inflasi. Walaupun kita perlu bayar zakat apabila sudah cukup berat emasnya dan tempoh simpanan, penyimpan Emas fizikal masih dapat mengekalkan kuasa beli yang tersimpan dalam bentuk Emas.

Simpan minima 4 keping 5 Dinar mewajibkan penyimpannya untuk bayar zakat

Simpan minima 20 Dinar (85gram) selama setahun, kadar zakatnya hanya 1/2 Dinar sahaja.

Apabila kita dah mula simpan Emas, kita ada motivasi untuk ‘cari jalan’ lain untuk dapatkan 1/2 Dinar emas tambahan sebagai bayaran zakat tanpa usik simpanan pokok 20 Dinar itu.

Jadi, bilangan gram emas kita akan lebih kekal lama. Berbanding dengan duit kertas, tak mustahil kita rasa ‘de-motivasi’ untuk cukupkan semula simpanan tunai apabila 2.5% simpanan itu sudah kita gunakan untuk bayar zakat.

Bagi zakat Perak pula, simpan minima 595gram selama setahun baru lah dikenakan zakat. Jika kita ambil kira harga segram perak ialah RM2.30, maka zakat yang perlu dikeluarkan ialah sekitar RM35.00 sahaja.

Dari sudut jangka panjang,

1) Gram emas kekal 20 Dinar dan nilainya akan meningkat dalam tempoh jangka panjang.

2) Emas kalis Inflasi dan mengekalkan kuasa beli penyimpan.

Di Public Gold, harga terkini 85gram emas adalah sekitar RM13,000 ketika ini manakala harga 595gram perak sekitar RM1370.00.

Jom tukar simpanan jangka panjang kita kepada emas fizikal. Pastikan apa yang kita simpan hari ini kekal relevan sepanjang zaman.

Emellia Maskor
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *