Perlu ke Istiqomah Dalam Menyimpan Emas?

Kredit Imej: Gettyimage

Kata orang ‘Istiqomah’ itu amat berat, kalau ringan namanya ‘Istirehat’. Ada benarnya kot. Sebelum dapat ‘istiqomah’ dalam menyimpan duit, kita kena letak matlamat yang jelas i.e jumlah simpanan yang nak dikumpul dalam jangka masa tertentu. Selagi tak letak matlamat, itu maknanya kita belum betul-betul serius untuk menyimpan duit. Mesti mudah sangat berlaku kebocoran wang akibat desakan nafsu nak berbelanja.

Benchmark Simpanan Kecemasan

Bagi sesiapa yang dah letak matlamat simpan duit sebagai simpanan kecemasan, ada baiknya letak benchmark tertentu supaya mudah kita lebih bermotivasi nak cukupkan dana kecemasan tu secepat mungkin. Kalau benchmarknya 3 bulan gaji sebagai SIMPANAN KECEMASAN,
– orang yang bergaji RM3000, kena ada simpanan cash RM9000 (RM3000 x 3)
– orang yang bergaji RM10000, kena ada simpanan cash RM30,000.

Kalau benchmarknya 6 bulan gaji sebagai SIMPANAN KECEMASAN,
– orang yang bergaji RM3000, kena ada simpanan cash RM18000 (RM3000 x 6)
– orang yang bergaji RM10000, kena ada simpanan cash RM60,000.

Lepas dah letakkan matlamat menabung dengan jumlah yang mahu kita kumpul, tindakan yang seterus lebih mudah. Kalau ikut nasihat pakar-pakar kewangan, kita disarankan untuk simpan dulu 10% daripada gaji @pendapatan tu. Ada sorang customer saya. Dia kerja biasa-biasa je tapi orang yang jenis beringat nak menyimpan ni, jadi dia mudah terima cadangan simpan emas #1gram1bulan.

Masa sembang-sembang, dia cakap dia pecahkan simpanan kepada dua. Bahagian first, dia cuma simpan dalam akaun Tabung Haji.

Bahagian kedua, dia paksa diri simpan emas cara #GAP sebab lebih murah kalau beli segram,segram.
Dia tahu setiap ringgit yang ditukar kepada emas tu, bukannya belanja hangus. Dia cuma tukarkan duit hasil kerja keras selama sebulan tu kepada penyimpan nilai yang lebih adil.
Bukan untuk impress sapa-sapa. Tapi untuk kesenangan dia di kemudian hari.

Simpan Secara Konsisten

Kredit Imej: Google

Pesan salah seorang guru saya, bila menabung emas 1gram jangan terus senyap. Teruskan konsisten menyimpan 1gram sebulan. Dengan Kaedah GAP, kita boleh buat online transfer untuk beli emas serendah 1gram secara konsisten dengan cara paling mudah. Kita kena gunakan platform yang Public Gold sudah sediakan ini sebagai cara untuk lindungi nilai duit yang makin susut setiap hari. Salah seorang customer saya mula menyimpan pada harga RM153/g tahun 2015. Kemudian katanya dia ‘rehat’ daripada menyimpan emas disebabkan nak kumpul duit untuk berkahwin. Beberapa bulan lepas berkahwin, dia contact semula saya sebab dah lupa cara nak top up akaun GAP. Tak silap saya masa tu harga per gram dah lebih daripada RM180. Terkejut dia dan katanya ‘Dulu cuma bank in RM50 x 3 keping, sekarang kena ada RM50 x 4 keping baru boleh dapat 1gram…sayangnya tak konsisten menyimpan walaupun tengah kumpul duit untuk kahwin…’ Apo nak dikato?

Ibarat kisah arnab & kura-kura. Walaupun speed kura-kura itu perlahan macam kita menyimpan 1gram sahaja setiap bulan, tapi pada akhirnya kura-kura akan ada simpanan yang banyak berbanding si arnab. Si Arnab mungkin beli kilobar sekali dan terus tidur..bila terjaga dan mahu beli lagi sekilo, dia baru tersedar yang harga sudah melambung pada masa tu…

Kesimpulannya, kita kena konsisten menyimpan emas walaupun 1gram sebulan tanpa melihat harga emas pada waktu beli. Insha Allah dalam jangka panjang harga emas memang akan naik.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *