Pilih emas yang LAKU KERAS

Bagi orang yang dah celik emas dan tahu kepentingan simpan emas, pastikan emas yang bakal dibeli itu mudah dicairkan kepada wang tunai pada bila-bila masa HANYA dan HANYA JIKA diperlukan sahaja.

“Mudah dicairkan” di sini bermaksud:

1) Mudah dipajak untuk tunai segera

Jika pemilik emas fizikal mahu PAJAK sahaja tanpa menjual emas tersebut, emas itu diterima secara meluas oleh Ar-Rahnu tanpa banyak soal.
Pemilik hanya perlu bawa bawa emas tersebut ke Ar-Rahnu dan pegawai terbabit hanya membuat dokumentasi berkaitan dan urusannya selesai dalam masa singkat.

Bagi produk  Public Gold Non-LBMA, Ar_Rahnu POS Malaysia (rangkaian Ar-Rahnu terbesar), pegawai hanya lakukan ujian ketulenan mengikut standard biasa. Emas fizikal itu akan diletakkan dalam air untuk uji ketumpatan emas tulen tersebut.

Bagi produk Public Gold LBMA, ianya diterima oleh Ar_Rahnu POS Malaysia tanpa perlu buka seal! Ini menunjukkan emas fizikal beserta sijil LBMA memang terbukti berkualiti.

2) Mudah dijual semula kepada syarikat pengeluar atau pasaran sekunder

Banyak syarikat emas yang mampu menjual emas fizikal dalam kuantiti yang besar tapi belum diuji dengan kemampuan syarikat untuk beli semula emas tersebut dalam kuantiti yang besar.

Ada juga syarikat yang langsung tidak memaparkan harga “WE BUY” sebagai rujukan pembeli terdahulu jika mereka ingin menjual emas-emas tersebut kepada syarikat.

TIPS: Jika ingin mendapatkan harga belian semula tertinggi, pemilik emas perlu menjual semula emas tersebut kepada pengeluar tersebut dan bukan pihak ketiga.

Bagi rakan-rakan yang nak jual semula emas Public Gold di pasaran sekunder seperti group emas di FB, saya perhatikan biasanya item Public Gold sama ada LBMA atau classic (Non LBMA) pasti laku keras. Kadang-kadang tu tak sampai 30 minit penjual buat posting tentangnya, pasti item tersebut dah ‘selamat’ di lock oleh pembeli. Jadi jika rakan-rakan tak sempat nak ke cawangan Public Gold terdekat untuk urusan jualan semula pun, kita masih ada pilihan untuk jual emas tersebut di pasaran sekunder sebab permintaannya tak kurang hebatnya!

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *