Pneumococcal vaccine

Assalamualaikum….

Semalam chatting dengan ibu fatinah & tiba-tiba bukak topik tanya pasal Pneumococcal Vaccine <ape kebenda ni?> hahahaha.Aku pun dah ingat-ingat lupa pasal vaksin untuk si bujang kecik aku tu…

Setahu aku, vaksin ni untuk mengelakkan jangkitan Pneumococcal yang boleh menyebabkan meningitis, pneumonia & ear infection (wah, sounds like I was a medic student…tapi yg tak khatam study la) pada kanak-kanak. Vaksin ni belum jadi ‘mandatory’ dan tak termasuk dalam imunisasi wajib bagi kitar hidup kanak-kanak Malaysia. 

Mungkin kos yang agak  mahal jadi penghalang untuk kerajaan beri subsidi atau mungkin ada reason lain.

Mungkin juga kerajaan nak ajar ibu bapa di Malaysia yang lebih suka kerajaan beri subsidi kepada punca penyakit (gula – diabetis, minyak – kolesterol, petrol – pencemaran udara) daripada beri subsidi kepada rawatan penyakit. Sebab bila barang-barang ni naik harga, ramai lah (yang dah jadi ibu bapa mahu pun bakal ibu bapa) yang nak bergolek atas jalan raya & berdemonstrasi  membantah segala kenaikan harga barang ni. <hahaha – motif terkeluar topik? kalau ujian karangan BM, kompem aku gagal – hahaha lagi>

Sedikit informasi mengenai Pneumococcal disease ni daripada sumber-sumber internet.

Pneumococcal disease describes a group of illness caused by the bacterium streptococcus pneumoniae…also known as pneumococcus…
It is a serious infection that occurs most commonly in children…particularly those under 2 years of age…

The pneumococcus bug can cause:

1. Pneumococcal meningitis (infection of the lining of the brain)…is an inflammation of the membranes that cover the brain and spinal cord…your brain and spinal cord are responsible for everything u feel, think and do…

Meningitis can cause serious and sometimes permanent disabilities including hearing loss…paralysis…mental retardation and death…

Symptoms include fever…lethargy or drowsiness…vomiting and stiff neck or legs…

2. Pneumonia (infection of the lung)…also known as inflammation of the lungs…symptoms include cough..chest congestion…production of phlegm…fever and chills/shaking…these illnesses can emerge rapidly…identifying symptoms early and actiong quickly is vital…

3. septicaemia (blood infection)…sometimes referred to as ‘blood poisoning’ occurs when bacteria enter the bloodstream and cause infection of the blood…bacteraemia can also develop into meningitis…symptoms include fever…irritability…rapid breathing and lack of ability to console your child…

4. Otitis media (infection in the middle ear)…can also result from infection with streptococcus pneumoniae…although there are several other causes of this illness…symptoms include ear ache…fever and frequent tugging of the ear…

Pneumococcal vaccine – sumber google image

Ok cukup, yang selebihnya korang boleh google sendiri…

Vaksin ni pada aku yang berpendapatan rendah memang mahal. Masa paed tu cadangkan supaya Aqil MY dapatkan vaksin ni, perkara pertama yang aku tanya ‘berapa kos dia, doktor?’ hehehe dia cakap ‘RM 300; kena ambil 3 dos‘ Dan aku yang tak tanya lebih lanjut, minta tempoh dulu dengan alasan ‘nak survey dulu ngan officemates’. Pendekkan cerita, aku & apak Aqil MY pun setuju selepas mengambil kira & me’limit’kan budjet mana-mana yang patut. 

Tapi bila perangai ‘telefon rosak’ (tak tanya details & hanya ambil fakta sekerat-sekerat) tu terbawa-bawa sampai ke umur ni, aku pun fikir ‘oklah, RM300 untuk 3 dos; RM100 untuk 1 dos‘. Dan kami pun bayar deposit & sampai tarikhnya, Aqil MY pun kena cucuk. Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa <yang ni bukan Aqil MY nangis sebab kena cucuk>  tapi aku yang terkedu bila nurse tu cakap ‘2 bulan lagi puan boleh bayar deposit untuk 2nd dose; harga sama RM 300‘. Hambek ko!!! hahahahaha

Aqil MY masa 1st birthday & muka selepas dapatkan suntikan kedua

So kesimpulannya, kami spend RM900 untuk 3 dos. Yeah!!! Tak apa lah, rezeki masing-masing 🙂
‘Rezeki Aqil MY untuk dapatkan pelalian terbaik – harap2 lah kan’; ‘Rezeki klinik tu dapat RM900 daripada kami sekeluarga’; ‘Rezeki aku & apak Aqil MY? kerja kuat lagi sebab nak sediakan budget untuk adik Aqil MY bila sampai masa nanti’ ngeeeeee.

Ni bukan kempen percuma daripada aku, tapi bagi ibu bapa yang belum dapatkan vaksin ni untuk permata hati masing-masing, cepat-cepat lah usahakan tau. Dan untuk bakal ibu bapa, jadikan imunisasi ni sebagai ‘wajib beri’ kepada bakal anak-anak ya!

~~~Penyakit sekarang lagi advance daripada vaksin yang ada~~~

S.e.e. Y.o.u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *