Public Gold – 10 Tahun Yang Sangat Cemerlang

Sabtu lepas saya dijemput untuk meraikan kejayaan Public Gold bertapak selama 10 tahun dalam industri jual beli emas. Ketika menerima jemputan daripada Mr Kenneth Cheah (Business Development Manager of Public Gold) untuk Royal Ascott Night ini, saya rasa sangat terharu. Ini merupakan satu penghormatan untuk saya sebagai salah seorang ribuan Dealer Public Gold untuk hadir bersama-sama dalam satu acara yang bersejarah di Pulau Pinang. Tahniah Public Gold! Tahniah Dato Wira Louis Ng selaku Founder & Pengerusi Kumpulan Public Gold yang membawa Public Gold ke tahap ini!

.
.

Saya mula mengenali Public Gold pada tahun 2014, setelah 6 tahun Public Gold beroperasi. Bermula dengan penyimpan emas sahaja, saya sekadar memerhatikan perjalanan syarikat, aktiviti dealer-dealer aktif khasnya Mentor saya. Alhamdulillah, 6 bulan selepas itu, saya ambil peluang upgrade kepada Dealer dengan sejumlah belian emas tanpa satu sen pun yuran hangus. Selain menyelamatkan duit simpanan daripada ‘terpakai tak berganti’, saya semakin nampak dan faham ketelusan urusniaga syarikat yang sememangnya ‘beli emas & dapat emasnya’ walaupun dalam jumlah yang besar.

Lihat sahaja pihak yang menjalinkan kerjasama bisnes dan tokoh-tokoh kewangan yang bersama dengan Public Gold, masyarakat Malaysia semestinya melihat Public Gold sebagai satu syarikat yang wajib dipercayai untuk semua transaksi jual beli emas yang sudah disahkan patuh syariah.

Dalam majlis yang gilang-gemilang malam itu, Dato Wira Louis bercerita tentang cabaran-cabaran besar sepanjang 10tahun Public Gold beroperasi antaranya ketika perlaksanaan GST tahun 2015. Ketika industri emas menerima ‘tamparan’ dengan perlaksanaan GST, bisnes Public Gold semakin melonjak naik. Beliau juga tak lupa menyebut nama individu-individu yang bersama-sama beliau sejak daripada hari pertama Public Gold ditubuhkan termasuk Mahaguru Syukor Hashim, ejen pertama yang masih kekal bersama-sama Public Gold. Bukan itu saja, Dato Wira juga tak lupa menyebut nama individu-individu lain yang terlibat secara tak langsung sama ada yang membantu mahupun memberikan sokongan kepada Public Gold.

 

Ada 2 kisah teladan yang Dato Wira kongsikan dalam ucapan beliau iaitu tentang kepentingan bekerja dalam satu pasukan dan juga kesabaran dan ketabahan dalam membina bisnes Public Gold.

Sebagai sebuah syarikat, reputasi Public Gold sangat cemerlang dan saya boleh katakan Public Gold hampir tiada saingan. Kata salah seorang Master Dealer Public Gold, sekarang bukan masanya untuk bertanya :

1) Adakah Public Gold OK tak?

2) Adakah Public Gold Skim Cepat Kaya?

3) Adakah Public Gold akan tutup operasi?

4) Adakah Syarikat Public Gold Sah disisi undang-undang?

Sekarang ialah masanya untuk alihkan simpanan jangka panjang dalam bentuk yang lebih stabil nilainya. Tukarlah sebahagian duit simpanan kepada emas supaya kita tak jatuh miskin tanpa sedar akibat inflasi.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Kredit Foto: Pn Najdah Mohammed Hussain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *