Public Safe – Peti Simpanan Harta Karun Moden

Public Gold bukan sahaja menjalankan perniagaan jual beli emas sahaja tapi ada satu cabang bisnesnya yang menawarkan perkhidmatan menyimpan barang-barang berharga pada kos yang minimum. Barang berharga tersebut tak semestinya emas & perak jenama Public Gold tetapi apa sahaja barang berharga lain termasuk geran tanah atau apa sahaja dokumen yang penting.

Uniknya setiap peti simpanan mempunyai 2 kunci (1 kunci disimpan penyewa kotak & 1 kunci di simpan oleh Public Safe) yang mesti dimasukkan serentak untuk membolehkan kotak dibuka. Selain itu, untuk mendapat access ke tempat peti simpanan, ada beberapa peringkat semakan keselamatan yang mesti dipatuhi sebelum penyewa kotak dibenarkan untuk membuka kotak simpanan tersebut.

Antara sebab Public Gold menjadi pilihan pemilik barang-barang berharga ialah:

  1. Waktu perniagaan daripada 9.30 pagi – 5.30 petang (Isnin – Sabtu). Ahad & Cuti Umum tertentu ditutup.
  2. Sistem kawalan 24 jam oleh pengawal keselamatan bersenjata & terlatih.
  3. Sistem binaan yang hebat menggunakan ‘reinforced concrete’, BRCs, & besi di ke semua 6 bahagian termasuk lantai & siling.
  4. Sistem Kunci Pendua yang memerlukan kedua-dua kunci yang dipegang penyewa kotak & penjaga Public Safe untuk buka peti simpanan.
  5.  Insurans RM10,000.00 setiap kotak
  6. Insurans Tambahan RM100,000.00 setiap kotak jika ada permintaan pada harga yang berpatutan.

Melawat Public Safe di Pulau Pinang