Rasa berduit, hakikatnya…

Bekerja di pejabat yang tiada kantin untuk pekerja & bersebelahan pula dengan shopping mall ni biasanya rasa sentiasa berduit walaupun tak berduit. Nak tak nak memang kena menapak ke kafeteria shopping mall tu. Walaupun asalnya nak makan ‘nasi bajet’, kadang-kadang terbabas jugak ke kafe ‘luar bajet’.

Cuma sejak mula simpan emas, keinginan nak makan ke kafe luar bajet ni boleh dikawal. Pernah jugak ke kafe luar bajet untuk meraikan rakan sepejabat dan saya dapati kebanyakan rasa makanan tu ‘indah khabar dari rupa’. Sedap lagi nasi lemak RM4.70 di kafe bajet berbanding nasi lemak premium di restoran sebelah. Tak pelah, ni satu pengalaman juga untuk saya.

Rasa berduit ni boleh datang tak kira masa. Baru je submit claim, kita dah tahu apa nak beli dengan duit claim tu nanti. Baru ada ura-ura dapat bonus perayaan, kita dah plan nak beli baju baru lebih sikit. Ataupun nak beli tudung jenama premium pula. Sebelum tu, boleh je beli tudung yang harganya 50% lebih murah. Kadang-kadang tu fikiran kita sangat ‘bernas’ untuk justify alasan membeli barang kehendak supaya ianya jadi keperluan. Lama-lama sikap ini bertukar jadi boros.

Penyakit boros ni ubatnya memang kena beli emas. Bila-bila rasa berduit dan cukup bajet untuk beli 1gram, boleh beli emas melalui GAP. Kita tak rasa nak berbelanja bila simpan duit dalam bentuk emas sebab otak kita dah tak nampak jumlah duit dalam akaun bank. Yang kita tahu, kita cuma ada sekian-sekian gram. Bila tengok gram emas semakin bertambah, kita jadi lebih motivasi untuk kumpul emas. Jadi kita dah tukar tabiat berbelanja yang tak perlu kepada tabiat membeli emas. Percaya atau tidak, jika disemak semula perbelanjaan ‘kehendak’ kita, dalam setahun kita sebenarnya boleh simpan at least 10gram emas (~RM2000). Fuh!

Rata-rata customer saya walaupun pada mulanya rasa rendah diri  nak mulakan simpanan emas, tapi once dia dah mula beli emas, dia takkan sabar untuk tunggu next gaji. ‘Kak, saya cuba beli 1gram dulu la yer’; tak pun ‘Saya ingat nak beli sikit je la. 1gram dulu’…Bila dah dapat GAP statement, masing-masing tak sabar nak tambah simpanan. Ada yang mengaku ‘takkan selama hidup 1gram emas pun takde dalam simpanan. Tak patut betul saya ni’.

Jadi sesiapa yang boros dan lemah mengawal nafsu berbelanja, emas adalah penawar terbaik. Automatik kita akan ada ‘2nd thought’ sebelum berbelanja sebab kita dah tau nilaikan barang kita bakal beli itu berbaloi atau tidak. Secara peribadi, saya akan buat kira-kira pantas dengan buat perbandingan harga barang yang saya nak beli dengan berapa gram emas yang saya boleh dapat, kalau saya TAK BELI barang tu. ‘Daripada aku beli benda ni, baik aku top up GAP’ —>Itu self-talk saya.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *