Reputasi Tinggi Public Gold

Goldbar 10gram Public Gold berlogo Pos Malaysia

Biasanya orang yang baru nak kenal tentang simpanan emas akan ada macam-macam persoalan. Salah satunya ialah ‘Apa jadi dengan emas saya jika syarikat lingkup?’ Ataupun soalan lain ialah ‘Boleh percaya ke Public Gold ni?’ Guru emas saya, Encik Syukor Hashim (www.jutawanemas.com) pun dah biasa dapat soalan tentang ‘kebolehpercayaan’ terhadap Public Gold. Jadi beliau hanya cadangkan newbie yang baru nak kenal-kenal Public Gold supaya pergi ke Pos Malaysia dan tanya staff Pos Malaysia sama ada Public Gold ni boleh dipercayai atau tidak.

 

Salah satu cara nak bina keyakinan simpan emas yang ‘selamat’ ialah pilih emas dari syarikat yang ada reputasi tinggi. Kita boleh tahu reputasi sesuatu syarikat dengan pelbagai cara. Antaranya

  1. Pengiktirafan yang diterima syarikat

Sejak tahun 2009, Public Gold sudah terima pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai kilang tempatan pertama yang membuat jongkong emas walaupun baru setahun memulakan perniagaan. Kemudian setahun selepas itu Public Gold mendapat pengiktirafan yang sama sebagai syarikat yang membuat jongkong perak. Penghujung tahun 2016, Public Gold menerima pengiktirafan Sijil Patuh Syariah dari Amani Advisors peringkat pertama bagi 3 transaksi urusaniaganya. Setakat ini, 3 urusniaganya iaitu, Belian terus (Outright Purchase), Belian Secara EPP (4kali bayaran mudah) & Jual semula sudah disahkan patuh syariah. Ketika artikel ini ditulis, Public Gold sedang menunggu pengiktirafan Patuh Syariah secara rasmi untuk transaksi Program Pengumpulan Emas (GAP) yang dilancarkan tahun 2014. Awal tahun 2017, Public Gold terus cemerlang apabila menerima anugerah STAR Outstanding Business Awards (SOBA) bagi kategori ‘Best in Marketing RM25Million & above’

2. Orang-orang yang bersama syarikat

Public Gold telah melantik Nadir Metal Refinery sebagai pembekal untuk produk LBMA sejak 2015 selaras dengan perlaksanaan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) di Malaysia. Jongkong emas/perak & Dinar yang mempunyai sijil LBMA mendapat pengecualian GST. Saya percaya ini merupakan satu kelebihan utama kenapa penyimpan-penyimpan emas Public Gold kerana kita dapat jimat 6% berbanding jenama lain. Oracle Corporation juga telah dilantik sebagai pihak yang memantau kelancaran sistem pengkalan data yang digunakan pembeli-pembeli emas Public Gold untuk urusan jual beli atas talian. Kalu dari aspek individu pula, individu hebat yang bersama-sama Public Gold sebagai “Corporate Partner” ialah Tuan Azizi Ali, seorang Pakar Kewangan Peribadi yang terkenal di Malaysia. Beliau sudah hasilkan pelbagai buku kewangan termasuk buku khas berkaitan emas iaitu ‘Masa Untuk Emas’.

3. Kerjasama syarikat dengan pihak ketiga

Tahun 2012, sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 14, Public Gold mendapat kepercayaan untuk mengeluarkan syiling emas peringatan yang sangat terhad bilangannya. Tahun 2017, sekali lagi sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 15, Public Gold dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad mengeluarkan jongkong emas 1gram yang mempunyai potret Seri Paduka Baginda. Jongkong emas edisi YDPA ke-15 ini hanya dikeluarkan sebanyak 30,000 keping sahaja. Bagi ‘gold collector’, ini merupakan satu edisi yang mesti dimiliki. Untuk 3000 keping pertama, ianya dijual RM250 sekeping & kepingan ke 3001, harganya menjadi RM280 sekeping. Untuk rekod, tahun 2015 terus menyaksikan kejayaan besar Public Gold apabila menandatangani MoU dengan Pos Ar Rahnu. Pos Ar Rahnu merupakan pilihan terbaik untuk memajak emas LBMA Public Gold kerana ianya diterima tanpa perlu buka seal.

 

Apa pentingnya reputasi?

Emas merupakan ‘high value item’ yang merupakan satu aset kepada si pembeli. Jadi sebagai pembeli, mestilah kita mahukan pakej terbaik & ‘keuntungan’ maksimum yang kita boleh dapat bila memiliki aset tersebut. Satu sebab utama kepada kita perlu memilih produk daripada syarikat yang bermutu tinggi ialah kemampuan syarikat

1. Kemampuan Syarikat Untuk Beli Semula

Bagi pembeli emas yang mahu menjual item-item kecil, masih ramai individu diluar sana yang mampu membeli emas jika pembeli emas asal mahu menjual item-item kecil. Tapi bagi seorang gold investor yang membeli dalam jumlah yang besar, keupayaan syarikat untuk beli semula emas yang telah dijual sangat-sangat penting. Sebagai gold investor, mestilah dia nak dapatkan untung tunai hasil jualan emas tersebut apabila harga emas naik.

2. Penerimaan Item Ketika Gadaian

Bagi gold saver yang biasanya tidak mahu jual emas-emas mereka, pilihan yang ada untuk dapatkan tunai segera ialah Ar-rahnukan emas mereka bila-bila mereka perlukan tunai. Oleh kerana Public Gold menjalankan perniagaan jual beli emas yang jujur dan selamat maka Pos Malaysia juga bekerjasama dan menjadi rakan niaga Public Gold. Pos Ar-rahnu terima gadaian emas Public Gold khasnya item LBMA tanpa perlu buka seal. Ini bermakna, pihak Pos Ar-rahnu memang yakin dengan ketulenan emas Public Gold tanpa melalui prosedur gadaian yang ketat.

Bagi rakan-rakan yang masih buat kajian tentang Public Gold, pertimbangkan poin-poin di atas dan jangan lengah untuk buat keputusan tentang emas mana patut beli untuk simpan sebab jawapannya ialah Emas Public Gold. Tak tahu nak mula dari mana, hubungi saya yer.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *