Salah Tadbir Atau Salah Takdir?

Alhamdulillah saya dan suami sempat mengikuti program Jutawanemas Leadership Training di Melaka pada 7 – 9 Oktober lepas. Ini kali kedua saya join program sebegini dan diberi amanah untuk jadi sebahagian daripada ‘committee member’ selain daripada peserta program. Bagi suami saya, ini kali pertama beliau datang sebagai peserta dan perlu buat setiap aktiviti yang dijadualkan. Antaranya seperti ‘Prospecting Challenge’. Peserta ditugaskan mengumpul maklumat ‘strangers’ yang mereka jumpa sepanjang program 3 hari 2 malam ni di kawasan resort. Hanya perlu minta nama penuh, nombor telefon serta selfie. Tujuannya untuk bina keyakinan diri untuk tembusi ‘Cold Market’ yang masih sangat besar peluangnya dalam membina empayar emas bersama-sama Public Gold.

Salah seorang strangers yang kami (saya cuma follow & tengok suami approach strangers) temui merupakan seorang pesara awal. Selepas salam bersambut, kami terus terangkan tujuan kami dan menghargai kerjasama beliau yang sudi memberikan nama penuh & no telefon. Beliau berminat untuk tahu lebih lanjut tentang simpanan emas. Kami sekadar berkongsi pengalaman kami dan apa manfaat yang kami dapat selepas buat sedikit simpanan emas. Kesemua poin-poin yang kami kongsikan ada banyak persamaan dengan kehidupan beliau.

‘Asal dapat gaji, terus bayar itu ini. Kadang-kadang nak menyimpan pun tak dapat. Kalau simpan duit, tak lama lepas tu keluarkan balik. Belanja ke tempat kerja pun boleh tahan jugak. Anak-anak ada yang baru kerja, ada yang masih sekolah dan ada yang belum pun sekolah’ Itu antara butiran yang dikongsi bersama kami. Untungnya beliau tak perlu membayar tol setiap kali ulang alik dari tempat kerja ke rumah beliau yang kira-kira dalam 40km.

‘Abang ni jenis bagi je duit belanja kat akak ko (isteri beliau). Pandai-pandailah dia uruskan belanja rumah dengan duit tu. Jangan buat Abang pening kepala, sudah. Tapi Abang tengok dia pun agak boros. Dia tak bekerja tapi rasanya baju anak yang bongsu semua branded & mahal-mahal. Kalau beli yang murah, selalu sangat berganti baru… Bila tanya kengkawan Abang, diorang cuma bagi separuh je daripada apa yang Abang bagi akak ko. Sebab tu agaknya akak ko boros…Tu la, ingat nak mula menyimpan jugak la…Bulan 11 ni dah abis bayar kereta, adalah lebihan RM3++. Memang ada terfikir “apa aku nak buat dengan duit kereta ni lepas dah abis bayar”…Ini agaknya jawapan yang Allah bagi, dapat jumpa dengan korang..Insha Allah lepas habis bayar kereta, Abang nak mula simpan emas, 1gram dulu pun jadilah.’

Allahuakbar. Sayu hati dengar cerita dari seorang ayah dan suami. Lebih sayu dan terharu bila perjumpaan kami bakal berikan kesan yang besar dalam hidup beliau sekeluarga. Ada betulnya kata orang, kadang-kadang kita lebih terbuka
untuk bercerita ‘masalah’ dengan orang yang kita tak kenal. At least
dapat lepaskan bebanan perasaan dan lepas tu tak perlu jumpa lagi. 🙂

Kami dulu pun ada buat simpanan duit tapi biasanya tak lama. Kadang-kadang tu bukan tak ada duit nak menyimpan tapi bila dah tahu ada sedikit simpanan, akal kita memang pandai mencari jalan untuk belanjakan duit tu. Bagi saya yang ada online banking, memang lagi bahaya. Walaupun tak ada kad kredit, bahaya online shopping ni pun ‘sama naik’ dengan belanja guna kad kredit. Langsung tak terasa duit tu mengalir, tau-tau baki dalam akaun semakin megecil.

Kita selalu merungut duit tak cukup tapi kalau dibuat semakan perbelanjaan memang memeranjatkan sebab kita yang sebenarnya tak pandai urus kewangan. Sebaik dapat gaji, ada baiknya asingkan 10% awal-awal sebagai ganjaran untuk diri sendiri dalam bentuk simpanan. Jadi mahu tak mahu, cukup tak cukup, kita hanya belanjakan 90% baki yang tinggal. 10% yang disimpan itu lagi baik disimpan dalam akaun yang payah nak dikeluarkan i.e tiada ATM kad, tiada kemudahan online banking.

Sejak ada Kaedah GAP yang Public Gold perkenalkan, saya buat simpanan paksa dengan beli minimum 1gram 1bulan. Dalam GAP statement tu, kita cuma nampak baki dalam bentuk gram. Jadi memang tak ada peluang nak gunakan ‘duit’ tu. Lagi best kita semakin rasa termotivasi nak tambah simpanan. ‘Takkan dah lama hidup cuma mampu simpan banyak tu je’..Itu self talk yang saya selalu sebut-sebut tiap kali terasa malas nak top-up akaun GAP.

Kadang-kadang tu bukan salah takdir tap salah tadbir yang menyebabkan kita susah nak kaya.

Kami bersama-sama Mentor kami, En Mohd Zukifli & Pn Najdah

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *