Sayang Anak Simpankan Emas

Anak saya berumur 4 tahun pun dah pandai nak pakai gelang emas

Orang tua-tua kata ‘Sayang isteri tinggal-tinggalkan. Sayang anak tangan-tangankan’. Isteri perlu ditinggalkan demi mencari rezeki keluarga. Anak pula perlu dipukul jika ada buat kesalahan. Kiasan yang dalam maknanya selari dengan persekitaran hidup waktu itu. Ok dalam zaman sekarang pulak, kita ‘up’ sikit peribahasa tu kepada ‘Sayang Anak Emas-emaskan’.. :-). Haa.. maksudnya kalau kita sayangkan anak-anak, bantulah mereka bina aset walaupun mereka masih bawah umur. Aset yang boleh dibeli tanpa perlu dokumentasi dan had umur matang hanyalah emas.

Sebenarnya belikan anak emas bukanlah perkara baru. Cuma biasanya anak perempuan saja yang dapat kelebihan ini sebab mereka boleh pakai rantai leher, rantai tangan dan subang paku. Tapi sesuai dengan peredaran zaman, anak lelaki pun boleh beli dan simpan emas khasnya goldbar dan dinar sebab:

1) Elak Terpakai Duit Anak – Pemberian Saudara Mara

“Adik, acik kasi duit ni buat beli aiskrim yer.” Penuh berlapik orang dulu berkongsi rezeki dengan anak-anak tapi kesannya amat besar. Sejak kecil kita dah ‘diajar’ yang dapat duit untuk belanja. Jarang sekali kita diajar untuk simpan duit yang kita dapat. Setuju tak? Jadi tak kira sama ada anak lelaki atau perempuan, mereka cenderung untuk beli barang-barang setiap kali dapat duit, khasnya duit raya. Lagipun duit raya biasanya dapat dikumpul dalam masa yang singkat dan jumlahnya agak lumayan. Saya suka tanya kawan-kawan Aqil yang datang beraya, “Dapat duit raya ni nak BUAT ape?” Seboleh-bolehnya saya gunakan perkataan yang betul. Kalau tanya nak ‘BELI’ ape..mesti macam-macam jawapan yang keluar nanti. Biasanya kawan-kawan Aqil ambil masa dulu sebelum jawab bila tanya ‘nak buat ape’ dengan duit raya…hehe. Saya selalu pesan dengan mereka, duit ni setahun sekali baru dapat banyak. Jadi minta Mak dan Ayah simpankan duit ni. Jangan membazir yer. Bagi ibu bapa yang faham kelebihan simpanan emas, ada baiknya tukar duit raya anak-anak dalam bentuk emas. Kalau di Public Gold, boleh buka Akaun Emas GAP atas nama anak-anak. Lebih baik asingkan siap-siap duit anak-anak. Takut-takut nanti mak ayah rolling dulu duit tu, lepas tu jenuh nak ganti balik. Dalam banyak kes, duit tu tak berganti semula.

2) Nilai Duit Anak Kekal Sehingga Dewasa

Bagi ibu bapa yang mampu, seeloknya jangan diusik langsung duit anak-anak. Bila duit tu dah selamat ditukar kepada emas, kita sebagai ibu bapa dah tak ade can nak sesuka hati gunakan duit anak-anak. Duit yang ditukar jadi emas pula akan lebih selamat nilainya. RM100 sekarang takkan sama kuasa belinya 10 tahun akan datang. Tapi bila RM100 ditukar kepada 0.5gram emas, apa yang 0.5gram dapat beli hari ni, Insha Allah ianya masih mampu beli barang yang sama 10 tahun, 20 tahun lagi. Semakin teruk jatuhnya nilai wang kertas, semakin kurang jumlah emas yang kita perlukan untuk beli barang yang sama akan datang. Kiraaan guru emas saya, tahun 2000, kita perlukan 225gram emas untuk tunaikan haji tapi selepas 17 tahun, pada 20017 kita perlukan hanya 56gram saja untuk tunaikan haji! Masya Allah!

 

3) Kos Pendidikan Turun Kalau Dibayar Dengan Emas

Selain kos menunaikan haji, ada satu lagi kos yang kalau dibayar menggunakan emas ianya jadi lebih murah. Rakan dealer saya ada buat kira-kira tentang purata kos pendidikan bagi kursus-kursus pilihan ramai di IPT. Tahun 2000, kursus kejuruteraan perlukan1579g emas bersamaan RM60,000. Paling mengejutkan 18 tahun kemudian, ianya cuma perlukan 689g emas yang bersamaan RM122,000. Walaupun dalam Ringgit Malaysia kelihatan kos pengajian meningkat 2kali ganda tapi jika dinilai dalam bentuk emas, kita cuma perlukan separuh dari GRAM emas yang terkumpul untuk tampung pengajian anak. Bagi ibu bapa yang menabung 1gram setiap bulan bagi pendidikan anak-anak sejak mereka lahir, apabila anak itu berumur 18tahun, dia akan miliki sekitar 216gram emas. Kalau tengok jumlah yang terkumpul mungkin cuma dapat menampung sebahagian saja kos pengajian tapi tiada yang mustahil dengan emas. Dalam jangka panjang nilai emas pasti meningkat. Jadi kita hanya perlukan jumlah gram yang kurang untuk dapatkan barang/perkhidmatan yang sama.

 

Moga bermanfaat.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *