Sebab Utama Kenaikan Harga Emas di Malaysia

Hari ini harga 1gram emas 999.9 melalui Kaedah GAP ialah RM159. Sejak kejatuhan nilai ringgit, amat susah nak dapatkan harga per gram emas di bawah RM160 apatah lagi di bawah RM150. Sedangkan, harga RM160 itu adalah harga runcit (retail price) bagi jongkong emas 1gram pelbagai siri keluaran Public Gold sejak ianya diperkenalkan tahun 2014. Sekarang, Harga runcitnya sudah naik kepada RM200 bagi setiap keping. Jadi sekarang kita terpaksa keluarkan bajet yang lebih untuk dapatkan barang yang sama beratnya. Ini baru cerita tentang simpanan emas yang memberi pilihan sama nak simpan atau tak nak.

Sebenarnya, harga emas dunia adalah antara yang terendah sejak 5 tahun lepas iaitu sekitar USD1060/oz sahaja. Jika urusniaga emas dibuat dalam US Dollar, ini adalah masa untuk memborong emas secara besar-besaran jika ada bajetnya. Tapi sayangnya, kita di Malaysia membeli emas dengan duit ringgit yang sudah jatuh 35% nilainya dalam masa setahun. Jika dulu USD1 berada sekitar RM3.30, sekarang USD1 turun kepada RM4.20. Ini lah yang menyebabkan kita tidak merasai sangat kejatuhan harga emas disebabkan kejatuhan nilai ringgit. Sebaliknya kita terpaksa mengeluarkan bajet yang lebih untuk dapatkan 1gram emas. Cuba lihat graf di sebelah. Harga emas pada penghujung 2014 berada di bawah RM140 per gram. Jika tukaran USD1 kepada Ringgit Malaysia masih sama ketika ini (maknanya nilai ringgit kekal), kita mungkin dapat harga RM130 per gram!

Selain faktor kejatuhan ringgit, pergerakan turun naik harga emas adalah berdasarkan Demand & Supply. Pelabur (melabur dengan duit lebih) akan memborong emas bila mereka rasa ekonomi kurang selamat. Bila pasaran saham atau pelaburan lain pulih, mereka tukar haluan pula. Ini boleh menyebabkan harga emas jatuh. Cumanya kejatuhan harga emas tidaklah menjadikan emas itu tidak bernilai langsung sebab harga emas didukung oleh kos pengeluaran, kos minting dan kos logistik yang takkan menyebabkan nilai emas jatuh seperti wang kertas.

Jadikan lah emas fizikal sebagai salah satu alat kewangan untuk jangka panjang walau setinggi mana harganya meroket. Nilainya jauh lebih selamat berbanding duit kertas sebab emas fizikal kalis inflasi. Jika 1 Dinar dapat membeli 1ekor kambing, Inshaa Allah ia masih mampu beli 1ekor kambing pada masa akan datang.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *