Sedekah dan Simpan Dulu, Barulah Belanja

‘Orang kita kata nak senang, kerna banyak simpan duit,
Tapi Islam kata nak senang, kerna banyak keluarkan duit’
Ibarat tarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus; tepung jangan berselerak.

Pesan guru saya yang sudah capai kebebasan kewangan, kita kena bersedekah dulu barulah akan kaya dan bukan sebaliknya.
Setiap kali terima pendapatan dia akan asingkan siap-siap 12.5%. Katanya 10% untuk tabung sedekah & 2.5% lagi untuk tabung zakat.

Kalau kita rasa sempit, banyakkanlah sedekah. Insha Allah, rezeki akan datang dari arah yang tak disangka-sangka. Rezeki yang diganti tu pun tak semestinya dalam bentuk wang ringgit.
Dengan bersedekah, anak-anak jarang terkena demam atau penyakit yang perlukan kos rawatan. Mungkin kenderaan pun tak selalu meragam walaupun dah berusia lebih 10 tahun.
Mungkin juga dapat jiran yang selalu berkongsi rezeki dengan kita.

Masa nak mulakan tabiat sedekah ni, saya juga berkira-kira dan banyak ‘self-talk’. Takut duit tak cukup sampai nak tunggu gaji berikutnya, takut bagi sedekah pada kanak-kanak yang dipergunakan sindiket dan macam-macam lagi.

Tapi sejak saya rasakan ada kelapangan rezeki sejak mula bersedekah, saya dapat rasa keseronokan berkongsi rezeki. Kalaupun masih ada self-talk yang negatif terutama bila nampak kanak-kanak yang datang minta sedekah, saya ubah sikit cara pendekatan bersedekah. Saya belikan makanan & minuman selayaknya untuk kanak-kanak tu berbanding bagi duit kepadanya.

Tak pernah ada orang jatuh miskin sebab bersedekah. Tapi jatuh miskin sebab boros berbelanja tu ramai. Seronoknya berbelanja walaupun sampai gunakan pendapatan pada masa akan datang dengan cara BERHUTANG.

Sebaiknya, lepas buat potongan untuk tabung sedekah & zakat, adakan lagi 10% sebagai dana kecemasan. Selebihnya, baru lah berbelanja ikut keperluan.

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *