Sehari sebelum 1 Syawal 1432H

Assalamualaikum
Entry ini ditaip pada 8 Syawal 1432H. Bermakna dah seminggu lebih kita beraya mengikut kemampuan masing-masing. Ada yang raya sakan sebab company dapat bonus. Ada yang lagi raya sakan sebab encik suami pun bagi duit raya. ‘Saya suka..saya suka...‘ bak kata Mei Mei (Upin & Ipin). ‘Bonus’ berganda pula dapat beraya dengan keluarga sendiri. Jadi tak payah lah ‘acting’ sangat di pagi raya..:P
Tahun ini giliran aku beraya dengan family aku sendiri (walaupun hari-hari duduk umah mak). Yeay! Cadangan awalnya nak sambut raya di PJ saja dan tak rancang nak balik Muar. Tapi semakin dekat nak raya, semakin rasa syahdu bila mengenangkan nak raya di PJ. Akhirnya, berbondong-bondong la kami semua mengangkut apa yang patut dan balik ke Muar sehari sebelum raya. 
Walaupun tahun ini kali kedua beraya tanpa arwah nenek (yang kami semua panggil Mak BiBik), tapi rasa sedih tetap ada sebab setiap kali kami tiba depan pintu rumah kampung, arwah sudah sedia menyambut kami dengan senyuman penuh kerinduan…Lepas adegan airmata sikit-sikit, masing-masing cover macho dan tak nak batalkan puasa hari terakhir tu.
Seperti biasa, aku akan terus ke dapur dan buat ‘spot check’ berapa jenis kuih yang cousin aku dah siapkan…dan berapa balang yang dia dah reservekan untuk kami :p..pergh…Masa tu tengok kuih dalam balang tu pun rasa kecur air liur. Tak senonoh kan! Lepas buat ‘spot check’, mak aku, pakcik aku, aku & cousin aku terus buat ‘mini meeting’ untuk tentukan menu pagi Syawal. 
{Ketupat, Kuah Lodeh, Ayam Masak Lemak Kuning – kegemaran aku, Sambal Kacang – kegemaran adik aku, Serunding Daging – kegemaran seisi rumah di kampung termasuk pakcik & makcik aku kat kampung sebelah & Daging Masak Kicap}
Yeah, itu dia menu yang ditunggu-tunggu selama sebulan. Bayangkan lah kalau kami beraya dekat PJ, mau menangis aku nak cari bahan-bahan tu dengan Apak Aqil…huhuhu…Bukan takat aku je nangis, ketua chef (mak aku) pun mau tangkap leleh sebab lain yang dipesan, lain yang dapat..
Lepas pembahagian tugas di dapur, aku pun jalankan tugas aku – jaga Aqil & jangan kasi dia masuk dapur – tu dia pesan mak aku. Kalau tak, mau bergaduh sebab si nenek bakal berebut periuk, sudip & kole air dengan si cucu jantan dia!
Gambar di petang raya bila si ayah mengajar si anak cara baling batu ke dalam parit
p/s: Cerita pagi raya di lain entry 🙂
S.e.e Y.o.u
 

1 Comment

  1. yana

    mana gamba raya

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *