Dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita perlu rasa seronok untuk lakukannya, walaupun berkali-kali. Begitu juga dengan simpan emas fizikal ni. Bila dah mula simpan emas, saya rasa senang hati tak kisah ketika harga naik atau harga turun. Asal ada duit LEBIH, saya rasa nak cepat-cepat tukarkan duit tu kepada emas.
Harga naik saya senang hati sebab nilai kekayaan meningkat, harga turun pun saya senang hati sebab saya boleh tambahkan simpanan emas fizikal dengan beli emas pada harga lebih rendah!
Sebagai penyimpan emas fizikal, kita akan rasa senang hati apabila
#1: Beli emas sebagai pelindung kekayaan – bukan kerana spekulasi
![]() |
Tambahkan kepingan Dinar setiap kali ada duit lebih |
#2: Beli emas dengan duit lebihan – bukan duit pinjaman
#3: Simpan emas jangka panjang, simpan duit jangka pendek (dana kecemasan)
Guru saya selalu ingatkan, adakan dana kecemasan dulu sebelum beli emas. Mengikut pakar kewangan, kita perlu sediakan sekurang-kurangnya 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan. Sebabnya, kita masih perlukan duit kertas sebagai dana kecemasan tanpa perlu JUAL SEMULA emas yang kita ada jika berlaku apa-apa hal. Ibarat kata, takkan nak jual emas-emas tu semata-mata nak repair kereta! Jadi elakkan beli emas guna dana kecemasan atau duit yang nak dipakai dalam masa terdekat.
#4: Pantau Harga Bila Perlu Sahaja
Pesan guru saya lagi, pembeli tak perlu pantau harga emas
tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali!Lepas dah lock harga, jangan pantau turun naik harga emas. Jika tidak, kita hanya akan bazirkan emosi, fikiran terganggu dan sungguh memenatkan. Hanya pantau harga bila nak beli lagi atau nak jual semula. Jangan semakkan fikiran, yang penting kepingan atau gram emas kita bertambah dari semasa ke semasa!
Jadi, sebagai peyimpan emas, kita hanya lakukan empat (4) poin yang saya kongsikan di atas supaya kita sentiasa senang hati tak kira sama ada harga naik atau pun harga turun. Yang penting, kita sudah ada simpanan emas fizikal selain daripada simpanan duit kertas. Seronok kan?
Emellia Maskor
PG041139
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam