Si Comel Po

 Assalamualaikum

In KUNG FU PANDA 2, Po is now living his dream as The Dragon Warrior, protecting the Valley of Peace alongside his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five. But Po’s new life of awesomeness is threatened by the emergence of a formidable villain, who plans to use a secret, unstoppable weapon to conquer China and destroy kung fu. He must look to his past and uncover the secrets of his mysterious origins; only then will Po be able to unlock the strength he needs to succeed.”

The Furious Five

Itu adalah sinopsis filem animasi yang pada aku bukan sahaja menghiburkan tetapi ada banyak pengajaran di sebalik watak-watak kartun yang comel terutama Paulus atau Po. Akhirnya Po berjaya menjadi Pahlawan Naga yang diidam-idamkan selepas mengharungi pertarungan dahsyat dengan Tailung (harimau jantan, abang kepada Tigress katanya). 

Po hanya beruang biasa yang mempunyai saiz badan yang besar dan tidak ada senjata semulajadi seperti kawan-kawan yang lain. Contohnya Master Tigress ada kuku yang tajam dan Master Viper ada bisa yang beracun. Dalam 1 babak tu, bila kesemua Pahlawan Naga ni pergi berjuang & melompat dari tempat yang tinggi, Po ‘terbang’ dengan bantuan salah seorang dari mereka dan bila ‘landing’ ke tanah, Po mendarat membelakangkan musuh. Tak macho beb tapi sangat comel! Aqil MY akan gelak terbahak-bahak bila adegan ni muncul. Dengan perut yang boyot, Po tetap berlawan sehabis-habisnya sampai lah dia terpandang 1 tanda yang tiba-tiba mengingatkan dia pada masa lampau.

Dari situ, perasaan Po untuk mengetahui asal-usulnya membuak-buak. Takkanlah anak beruang berbapakan seekor ‘Goose’. Po cuba mendesak Papa Goose menceritakan hal yang sebenarnya. Pada awalnya Papa Goose enggan berterus-terang dan memujuk si comel Po yang itu semua tidak penting, yang penting apa yang Po miliki sekarang..

You may have a sad starting but that does not important…Just look at you today, you have Kung Fu, you have me and you have the noodles!‘Papa Goose terus memujuk si comel Po.

Kecomelan yang buat aku nak cubit pipi Po sampai merah

Itu sebahagian dialog yang sangat-sangat touching bagi aku…Kita tak boleh mengubah masa lalu lebih-lebih lagi asal-usul kita tapi apa yang kita miliki sekarang perlu dihargai. Andai kata dulu kita tersilap langkah, kita masih ada masa untuk perbaiki pilihan pada masa sekarang dan akan datang….

Si comel Po tetap berdegil mahu mencari siapa ibu dan bapa kandungnya. Dia teruskan juga pertempuran dengan si Merak yang sombong dan hampir tewas. Dalam pada itu, Po teringat pesan Master Shifu supaya menangani setiap masalah dengan ketenangan dalam a.k.a inner peace dan akhirnya si comel Po dapat tewaskan jugak si Merak dan tenteranya.

Sesudah perjaya dalam pertempuran, si comel Po kembali ke pangkuan Papa Goose dan mengaku yang Papa adalah bapanya walaupun bukan bapa kandung…..:-)

Aku harap ada lagi sambungan cerita ni dalam Kung Fu Panda 3 yang boleh menceritakan asal-usul si comel dengan lebih lanjut. Kung Fu Panda 2 hanya paparkan sedikit kisah si comel Po yang berasal dari perkampungan panda yang jauh beribu-ribu batu dari Lembah Keamanan. Aku nak tahu macam mana Papa si comel Po boleh buang dia jauh dari kampung kelahirannya….

Si comel Po tak mahu pakai seluar masa kecik-kecik dulu

 S.e.e Y.o.u
 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *