Si Pelat ‘Abu’

Assalamualaikum

Bercerita pasal keletah Aqil MY memang tak ada sudahnya. Dia yang paling kecik/muda dekat rumah tapi dia jugakla yang paling banyak cakap dengan kepelatan yang tinggi. Kanak-kanak yang baru mula bercakap memang susah nak difahami. Kadang-kadang aku faham apa yang dia cakap, kadang-kadang aku cuma mampu tanya dia semula 
Aqil nak apa, ibu tak faham lah‘. Dan jawapan yang paling common Aqil MY akan bagi 
Alah…‘   
hahahaha…mesti dia fed up. Ibu dia lagi banyak tak faham daripada faham apa dia cakap. Kesian anak ibu.

Seboleh-bolehnya, aku tak mahu bercakap pelat dengan Aqil MY walaupun masa nak bermanja-manja dengan dia. 
Aqil nak susu ke?‘ Itu pertanyaan yang wajib aku tanya bila dia dah start bunyi ‘Ashu..ashu’. Kalau ikutkan perasaan cute ni, nak je follow apa dia cakap, contohnya ‘Aqil nak ashu?‘ Disebabkan Aqil ni kategori lambat bercakap, kalau boleh aku nak dia terus bercakap perkataan yang betul tanpa ada pelat sikit pun. Susah tu susah jugak la kan sebab terasa kalau cakap pelat dengan budak-budak tu nampak cute. <ye ke???>

Banyak juga perkataan yang Aqil MY dah tahu. ‘Antang’ untuk kentang putar KFC. ‘Ashik’ bila dia lapar dan minta nasi. ‘Cadap’ bila rasa sesuatu makan tu sedap. Tapi dalam banyak-banyak perkataan yang dia dah tahu sebut tu, Aqil MY tak panggil kucing sebagai ‘meow’ atau ‘cing’ tapi dia panggil ‘ki’.

Dulu aku memang ada bela kucing dan nama dia Mickey. Jadi tiap-tiap kali Aqil MY nampak spesis Mickey, dia akan bunyi ‘Ki’. Haaaa..ni dah salah ajaran tu. Mesti Aqil MY ingat ‘Mickey’ adalah kata nama am bagi semua kucing…hahahaha…Bila aku kata, tu bukan Mickey, tu kucing, Aqil MY akan stare aku lain macam. Sama ada dia confuse, atau dia ingat ibu dia yang tak kenal Mickey…kuang…kuang..kuang

Mickey a.k.a Temiki yang membawa diri selepas kelahiran Aqil MY – cian dia –

S.e.e Y.o.u

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *