Simpan Duit Cukup-cukup; Simpan Emas Banyak-banyak

Apabila sudah ada kesedaran untuk simpan emas, secara automatik kita akan fikir untuk simpan emas sebanyak yang mampu mengikut kapasiti kewangan kita. Paling kurang pun, kita mesti nak simpan 1gram setiap bulan secara Kaedah GAP yang disediakan oleh Public Gold. Cumanya timbul juga persoalan berapa banyak emas yang perlu kita simpan? Secara mudahnya, kita kena ada matlamat yang jelas apabila mulakan simpanan emas.

Simpan Emas secukupnya
Sebagai contoh, bagi ibu bapa yang mahu jadikan emas sebagai dana pendidikan tinggi anak-anak, mereka perlu adakan simpanan sekurang-kurangnya 200gram emas bagi setiap anak apabila anak itu mencapai usia 18tahun. Insha Allah 200gram emas itu cukup untuk menampung pengajian mereka tanpa perlu dapatkan pinjaman pelajaran.

Bagi individu yang mahu jadikan emas sebagai simpanan 15% (10% downpayment + 5% kos-kos berkaitan pembelian rumah) deposit rumah pertama, buat kira-kira sedikit untuk tahu anggaran kasar berat emas yang diperlukan untuk dapatkan jumlah 15% itu. Katakan rumah yang ingin dibeli ialah sekitar RM200,000 dan memerlukan kira-kira RM30,000 sebagai deposit, tabungan emas sekitar 170gram diperlukan. Untuk capai 170gram emas ini dengan lebih cepat, kenalah lebih konsisten dan sanggup menabung lebih daripada 1gram sahaja setiap bulan. Mungkin jumlah gram emas boleh dikurangkan jika buat pengeluaran KWSP Akaun 2.

 

Saranan Simpanan Emas yang ideal
Dalam salah satu seminar berkaitan emas yang saya hadiri baru-baru ini, salah satu topik yang dibincangkan ialah berapa banyak emas yang perlu disimpan? Topik ini dibentangkan oleh Sifu saya dalam bidang emas iaitu Encik Mohd Zulkifli Shafie (www.mohdzulkifli.com).

a) Mike Maloney – Penulis buku “Guide to Investing in Gold & Silver” mencadangkan agar 50% daripada kekayaan kita perlu disimpan dalam bentuk emas dan perak.

b) Robert Kiyosaki – Penulis buku “Rich Dad,Poor Dad” menyimpan 25% aset beliau dalam bentuk emas dan perak.

c) Azizi Ali – Penasihat Kewangan Peribadi dan penulis buku “Masa untuk Emas” mencadangkan agar 5-10% jumlah kekayaan perlu disimpan dalam bentuk emas pada setiap masa.

d) Mohd Zulkifli Shafie – Penulis buku “Zero Hutang” pula menyarankan agar sediakan simpanan tunai sebanyak 3 bulan pendapatan dan selebihnya disimpan dalam bentuk emas.
Emas adalah tunai dalam bentuk yang kalis bocor dan kalis inflasi.

Dengan simpanan duit yang hanya cukup-cukup untuk kegunaan sara hidup bulanan dan 3 bulan pendapatan, kita dapat menambah simpanan emas dengan membuat belian secara konsisten setiap bulan. 10% daripada gaji boleh ditukarkan dalam bentuk emas fizikal. Duit tunai dalam Tabung Haji ataupun ASB itu terjamin dari sudut nombornya tapi simpanan emas terjamin dari sudut nilainya dalam jangka panjang. Dividen dan bonus yang dibayar bagi simpanan tunai mungkin hanya cukup-cukup untuk menampung kadar inflasi & kejatuhan nilai ringgit yang memakan nilai duit kertas dalam diam.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *