Simpan Duit: Keperluan Atau Kehendak?

fidelity.com

Semua orang yang ada pendapatan memang boleh menyimpan duit. Cuma
sama ada dia letakkan aktiviti menyimpan duit itu sebagai KEPERLUAN
ataupun KEHENDAK. Bagi yang mengutamakan MENYIMPAN DUIT, setiap kali dapat duit atau apa-apa sahaja pendapatan, dia akan asingkan sekurang-kurangnya 10% untuk disimpan seperti yang Tuan Azizi Ali cadangkan. 10% ni pula sebaiknya disimpan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Kalau tunggu hingga akhir bulan dan baru nak menyimpan ‘kalau ada lebih’, memang tak kemana.

Dalam buku ‘Jutawan dari Planet Jupiter’, Tuan Azizi Ali mengibaratkan menyimpan seperti oksigen untuk mengurus kewangan kita. Kalau tak menyimpan, ada banyak peluang-peluang lain yang kita bakal terlepas. Kita takkan boleh beli rumah/hartanah tanpa menyimpan, kita takkan dapat peluang melabur dalam pasaran saham dan jika sebagai umat Islam, kita takkan mampu menunaikan rukun Islam kelima tanpa menyimpan.

Ramai orang ada macam-macam kehendak dan kebanyakkan kehendak itu dapat dipenuhi dengan menyimpan terlebih dahulu. Ada keinginan berkahwin, ada keinginan kumpul aset atau setidak-tidaknya beli sebuah rumah, ada keinginan melancong keliling dunia dan macam-macam lagi senarai kehendak. Jadi kita kena paksakan diri menyimpan.

Berapa banyak nak simpan?
 
Sebenarnya tak ada peraturan atau bajet tertentu nak simpan duit berapa banyak. Bagi yang bujang, mungkin boleh menyimpan antara 30-40% gaji. Persoalannya sama ada sanggup atau tidak untuk menyimpan sebahagian duit gaji untuk masa depan. Orang bujang sepatutnya mampu menyimpan sehingga 50% sebab belum ada komitmen yang tinggi. Kalau menyewa bilik sahaja, lagi dapat jimat banyak. Ataupun guru-gru hartanah mencadangkan, orang bujang boleh menyewa sebuah rumah tapi tinggal di bilik paling kecil. Bilik-bilik lain boleh disewakan dan umpama dapat duduk FREE dan ada duit lebihan sebagai simpanan.


Tips Simpanan Lebih bertahan

Apabila dah ada simpanan duit, biasanya kita akan panjang akal untuk belanjakan duit tu. Ada sahaja yang terlintas untuk dibeli atau ditukar baru. Jadi untuk pastikan simpanan duit tu lebih bertahan, ada baiknya tukarkan sebahagiannya kepada emas fizikal. Tuan Azizi Ali mencadangkan 10% kekayaan kita mesti disimpan dalam bentuk emas fizikal. Sebaiknya cukupkan dulu simpanan kecemasan sebanyak 3 bulan pendapatana dan selebihnya ditukar kepada emas fizikal.

Orang kaya menyimpan (untuk kegunaan
di dunia & akhirat) dulu baru dia jadi kaya; bukan dah kaya baru
menyimpan. Asbab dia menyimpan untuk akhirat (zakat & infaq), Allah
limpahkan rezeki dia berlipat kali ganda. Asbab dia menyimpan untuk
jalankan tanggungjawab di dunia, dia boleh tukarkan simpanan kepada
aset-aset fizikal mahupun kertas.

Tak best jadi puak yang Kaya Segan; Miskin Tak Mahu ni…

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *