Simpan Duit Pun Kena Zakat…

Zakat 2.5% daripada nilai emas 85gram

Ramai yang lebih suka simpan duit kononnya tak payah bayar zakat. Jangan tak tahu pulak yer, simpan duit pun sama nisab & haulnya iaitu nilai duit yang bersamaan dengan harga emas 85gram. Kalau kita rujuk website Lembaga Zakat Selangor (saya tinggal di Selangor), ada ditunjukkan nilai duit yang perlu dizakatkan kategori zakat simpanan.

Ok, ini syarat umum bagi syarat wajib zakat yang saya kumpulkan daripada beberapa website berkaitan zakat.

Syarat Wajib Zakat:
1) Islam
2) Merdeka
3) Sempurna Milik
4) Cukup Nisab & Haul*
5) Harta yang Berkembang.**


* Haul
ialah tempoh setahun (12 bulan) qomariah pemilikan kekal harta zakat oleh seseorang selain dari harta zakat biji-bijian, buah-buahan, galian dan harta karun.

Syarat haul ditetapkan dengan hadith.

Sabda Nabi SAW:
لاَزَكَاةَ فِي مَالٍ حَتَّى يَحُوْلَ عَلَيْهِ الحَوْلُ

(رواه ابن عمر)
“Tidak diwajibkan zakat atas sesuatu kekayaan sehingga berlalu masa setahun.”

**
Harta yang berkembang adalah harta pemilikan yang boleh berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) atau boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ). 

Bentuk harta zakat yang berkembang secara hakiki (حَقِيْقِي) adalah:

i. Binatang ternakan berkaki empat seperti lembu, kerbau, kambing, rusa dan seumpamanya.
ii. Hasil tanaman yang menjadi makanan asasi seperti padi, jagung dan seumpamanya.
iii. Barang perniagaan yang berkembang dengan sebab berlaku transaksi urusniaga di pasaran.

Harta zakat yang berkembang dengan sebab boleh diusahakan ( تَقْدِيْرِي ) adalah :
i. EMAS, PERAK, MATAWANG dan hasil galian seperti minyak, bijih timah, gas asli dan harta karun yang bernilai dan seumpamanya.
ii. Tanaman, ternakan dan lain-lain harta yang diusahakan secara komersial.

Bila kita simpan emas, secara automatik kita tahu kita kena keluarkan zakat bila sampai masanya. Bukan kah itu mendidik kita tentang tanggungjawab sebagai seorang muslim terhadap saudara seislam yang lain?

Simpan Duit Tak Sempat Zakat
Berbanding simpanan duit,biasanya simpanan tu LAMBAT/TAKKAN cukup2 nisabnya sebab:

1) Duit bocor sebab boros.
Ini yang orang celik kewangan gelarkan ‘sikit-sikit, lama-lama masih sikit’. Kalau target simpan RM200 sebulan, cukup setahun patutnya mesti ada RM2400 dalam akaun. Saya percaya cuma sedikit je yang berjaya kumpulkan duit sebanyak itu sebab dulu saya pun macam tu jugak. Baru cukup RM1000 dah terfikir nak beli handbag, baju & tudung baru. Lagi haru bila ada sales perayaan lain. Kita yang tak raya pun sama-sama sibuk beli dengan alasan ‘sementara ada jualan murah’!

2) Bagi orang pinjam walaupun duit tak banyak mana.
Ini pun satu cabaran kemanusiaan. Kalaupun kita ni jiwa kental dan kebal godaan daripada belanjakan duit yang dah terkumpul, sesekali kita diuji bila kawan/kenalan ataupun ahli keluarga beritahu nak pinjam duit. Kita cepat kalah apa saja yang melibatkan emosi, betul kan? Kalau tak bagi pinjam, takut-takut akan datang kita pula yang kena pinjam duit dengan dia. Kalau bagi pinjam, kita yang berperang dengan emosi sendiri.

Bak kata guru saya, bila pinjamkan duit kita ada 2 risiko:
– Risiko nilai duit semakin merosot. Pinjam RM1000, kena pulangkan RM1000 walau selama mana pun si peminjam meminjam. Kalau caj lebih, dah jadi riba.
– Risiko gangguan emosi & silaturrahim. Pemberi pinjam risau duit yang dipinjamkan takkan kembali lagi. Kesannya pasti pada hubungan jangka panjang.

Kalau nak kata tak nak simpan emas sebab kena zakat, simpan duit yang senilai dengan 85gram pun kena zakat. Bagi saya lebih baik simpan emas sebab terjamin dari segi kuasa beli & selamat daripada ‘godaan’ pinjam-meminjam.

Emellia Maskor

Dealer Kod PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

(Kredit foto : oxfamblog)

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *