Simpan Dulu Baru Tahu

Kalau saya cerita simpan emas duit tak bocor ni mungkin tak berapa feel terutamanya bagi sesiapa yang belum pernah cuba beli emas fizikal dan simpan sendiri. Ianya ibarat kita nampak sesuatu makanan yang kelihatan sedap dan lazat tapi kita tak tahu rasa sebenar makanan tersebut selagi belum beli dan RASA SENDIRI kelazatan makanan itu. Jadi cara nak belajar tentang emas dengan lebih cepat ialah kena lalui sendiri pengalaman tersebut walaupun serendah 1 gram. Beli dan simpan jer dulu 1 gram dalam wallet tengok berapa lama boleh kekal. Dalam masa yang sama, cuba letakkan duit RM250 (harga retail sekeping goldbar 1gram Public Gold) dalam wallet. Dalam gambar di bawah antara emas yang saya simpan segram..segram..melalui Akaun Emas GAP sejak harga sekitar RM135/g tahun 2014 dulu. Saya mula beli dengan 2gram dulu. Saya beli sikit-sikit sebab banyak lagi komitmen & masih ada pinjaman pelajaran yang perlu dibayar semula pada masa tu.

Kemudian bila sudah ada jumlah gram yang mencukupi, saya keluarkan sekeping goldbar 1gram dan 1/2dinar (2.125g) sekitar tahun 2015. Kalau tengok No Siri pada emas fizikal ini, penyimpan emas Public Gold boleh tahu ianya antara emas fizikal yang terawal. Emas 1/2 Dinar (sijil hijau) bernombor siri G1199 dan goldbar 1gram (sijil merah) bernombor siri G000605. Alhamdulillah, kedua-dua item ini masih ada lagi dalam simpanan sebab saya letak dalam wallet. Saya percaya kalau letak duit RM500 (harga retail 1g dulu RM160 & 1/2 dinar RM350 saje tahun 2015) dalam wallet confirm duit itu dah selamat dibelanjakan. Hari ni (11/3/2018) 1 gram Public Gold boleh di beli dengan harga RM250 untuk retail dan RM182 melalui GAP hari ini.

Beli Cara GAP lebih murah?

Jawapan saya, TAK SEMESTINYA. Ada masanya beli secara outright purchase (cash buy) lebih murah berbanding GAP jika trend harga menurun. Sebenarnya, bila kita beli cara GAP, kita beli GRAM EMAS (1gram..2gram..) bukan ITEM EMAS (Goldbar & Dinar). Waktu kita beli GAP, kita belum tentukan item apa yang kita hendak daripada Akaun Emas GAP.

Contohnya beli 1 gram sebulan. Bila cukup 5gram dalam akaun GAP, kita boleh pilih utk keluarkan samada; 1gram x 5 keping atau 5gram x 1 keping. Item tetap sama. Kaedah belian saje yang berbeza. Harga gold bar 1 gram memang mahal sebab minting costnya mahal. Jangan percaya apa saya tulis ni. Tuan/Puan boleh bandingkan sendiri dengan mana-mana kedai emas kat luar sana.

p/s: Sebenarnya Public Gold yang baik hati bagi harga murah bila beli melalui GAP. 😉
.

Cara Simpanan Emas Yang Efektif

Selepas kita dah mulakan belian emas walaupun cuma 1gram yang pertama, jangan berhenti sekerat jalan. Ramai jugak yang terbantut semangat nak simpan emas bila hanya mampu pegang goldbar yang ringan saje. Simpanan emas ini bukan seperti simpanan duit yang ‘membiak’ dengan dividen. Emas yang disimpan takkan bertambah GRAMnya jika bukan kita yang menambah simpanan secara konsisten setiap bulan. Yelah kan. Memang best kalau dapat beli emas seketul yang berat. Tapi modal nak beli pun best jugak. Cuma mentor saya pesan, kalau nak buat simpanan emas, tak perlu beli emas dalam kuantiti yang banyak sekaligus.

Beli sikit-sikit pun tak apa. Asalkan konsisten. Sebab apa? Sebab kita berpeluang beli pada ‘sebarang harga’. Kata mentor saya lagi, sesiapa yang beli & simpan emas secara konsisten dapat kelebihan berbanding orang yang beli sekali tapi lepas tu senyap.

Kalau dia beli pada tahun 2011 ketika harga emas tinggi, dia akan salahkan emas sebab ‘tak untung2’. Sedangkan sesiapa yang beli secara konsisten:
1. Simpanannya akan sentiasa bertambah walaupun cuma bertambah 1gram setiap bulan
2. Dia lebih bermotivasi untuk terus menyimpan.
3. Boleh gunakan teknik ‘averaging’ harga emas untuk rendahkan harga belian emas.
Di Public Gold, kita boleh beli emas sikit-sikit dengan satu-satunya Akaun Emas GAP.

Nak mula beli dan simpan emas, jangan tangguh untuk hubungi saya. Saya akan berikan cadangan item emas terbaik mengikut bajet dan matlamat simpanan rakan-rakan. Insha Allah.

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *