Simpan Emas LBMA baik-baik

Tahniah kepada rakan-rakan yang dah ambil peluang simpan emas sedikit-sedikit melalui GAP – you know who you are.
 
Ramai juga yang dah keluarkan emas fizikal yang disimpan itu samada Gold Bar atau Dinar.

Pastikan emas fizikal itu dijaga baik-baik dan seal tak calar atau rosak.

Kenapa?

Bila seal calar atau rosak, PG tak dapat rolling emas tu untuk dijual
kepada customer baru.

Emas tu tak boleh dijual semula. PG terpaksa
hantar semula ke Turkey untuk baik pulih.

Susut emas yang sealnya calar atau rosak akan jadi 15%. (Susut nilai item paling kecil, 1gram adalah 8%).

Itu kekurangan emas LBMA , tetapi faedahnya ialah penjimatan GST 6%.

Disarankan untuk simpan emas itu dalam Zipper Bag seperti dalam gambar (saya panggil plastik ubat kapsul).

Zipper Bag yang saya gunakan seperti dalam gambar tu bersaiz 3” x 4” dan saya beli di kedai plastik.

Harganya RM4.50 utk 100 keping. (Harga mungkin berbeza sedikit ditempat anda).

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *