Simpanan tunai untuk jangka pendek; Simpan logam berharga untuk jangka panjang

Sejak saya ‘celik emas’, saya gemar berkongsi dengan rakan-rakan terdekat tentang “kenapa kena simpan emas fizikal”

Persoalan biasa yang diajukan, ‘Tak boleh ke simpan duit dekat bank?
Saya suka tengok akaun bank saya banyak ‘kosong-kosong-kosong’

Jawapan saya pula, Boleh simpan duit di bank hanya sebagai simpanan jangka pendek.

Tapi untuk simpanan JANGKA PANJANG
& kekalkan kuasa beli duit itu 5 tahun akan datang dilihat
mustahil, apatah lagi 10 – 20 tahun akan datang.

Sekadar contoh harga kuih-muih:

Harga kuih tahun 90an, 5 ketul RM 1.00.
Lepas tu naik kepada 4 ketul RM 1.00 dan kemudian naik lagi 3 ketul RM 1.00.
Dan 2,3 tahun lepas dan harap-harap masih kekal buat masa ni 5 ketul kuih berharga RM 2.00… 

Kenaikan harga 100%!!!

Kenapa ini berlaku? Kerana nilai matawang jatuh kerana dimamah inflasi
dan tanpa kita sedari wang kita simpan terpaksa ditambah untuk membeli
barang yang sama. Inflasi menyebabkan kita kehilangan kuasa beli.

Andaikata sekarang kita punya simpanan tunai RM50K, nilai itu tidak akan dapat mengekalkan kuasa beli kita untuk 3-5 tahun akan datang apatah lagi 20 tahun akan datang.

Sebaiknya kita perlu ada ‘back-up’ saving dengan menyimpan logam berharga seperti emas dan perak.

Untuk dapatkan aura logam berharga, saya cadangkan beli dulu syiling 1Dinar (sebesar duit 10sen) sebagai ‘enzim’ untuk mula simpan emas dan mengumpul harta.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *