Teknik Pemurataan Harga Rendahkan Harga Belian

Bagi orang yang baru nak berjinak-jinak dengan simpanan emas, biasanya dia akan tunggu harga paling rendah untuk bermula. Masalahnya pakar-pakar emas pun tak boleh jangka dengan TEPAT bila harga emas akan turun ke paras yang paling rendah. Jadi sebaiknya, buat sahaja belian pada bila-bila masa kita ada duit yang tak pakai untuk jangka masa panjang dan aplikasikan teknik pemurataan kos untuk rendahkan harga belian.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1) Pada bulan September, saya sudah tetapkan untuk beli 3gram emas secara GAP. Jadi saya tetapkan untuk buat 3 kali belian supaya saya dapat ‘MERASA’ sebanyak mungkin pola harga emas.

2) Belian pertama adalah pada harga RM164/gram. Selepas Penyata GAP saya dikemaskini, saya teruskan pemantauan turun naik harga emas.

3) Beberapa hari selepas itu, harga emas turun lagi kepada RM163/gram. Jadi, saya terus buat belian kedua. Mengikut teknik pemurataan kos, saya beli 2gram emas pada harga RM327 dan setiap gram berharga RM163.50.

4) Saya masih ada lagi bajet untuk beli 1gram emas. Apabila duit ringgit ini lebih lama disimpan dalam tangan, sel-sel otak saya sangat laju berhubung dan memberi pelbagai idea untuk saya belanjakan kepada perkara-perkara BUKAN KEPERLUAN. Jadi, saya teruskan belian ketiga pada harga RM162/gram.

Penyata GAP saya bulan September 2015 (Lihat pada turutan Transaction Date)

5) Walaupun selepas saya buat belian, harga emas menunjukkan trend menurun, saya tetap gembira dan puas hati sebab:

*** Berjaya membeli emas pada harga tinggi & rendah mengikut BENCHMARK saya sendiri.
*** Simpanan emas saya BERTAMBAH.
*** Harga purata emas cuma RM163/gram.
*** Duit ringgit selamat dari gejala KEBOCORAN TUNAI.

Tak kira berapa tinggi pun harga emas ketika kita beli pada masa SEKARANG, tapi yang lebih penting ialah KUASA BELI kita masih kekal pada MASA HADAPAN. 1 Dinar yang dibeli ketika harga setinggi RM730 sekeping ataupun serendah RM699 harini pun, masih mampu beli seekor kambing pada MASA HADAPAN. Inshaa Allah.

Membeli emas pada harga tinggi bukanlah satu ‘kesalahan’ yang perlu dikesalkan tapi yang paling utama, kita sudah pun memulakan simpanan emas fizikal yang KALIS INFLASI & KALIS BOCOR.

Emellia Maskor (PG041139)
012 3669 330
Seksyen U5, Shah Alam 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *