Tempat Baru, Semangat Baru

Sejak bulan Disember, saya dan rakan-rakan sepejabat sudah dapat notis berpindah ke aras yang lebih 5 tingkat lebih tinggi berbanding kedudukan sekarang. Perasaan bercampur baur. Secara peribadi, workstation yang bakal saya duduki betul-betul bersebelahan dengan workstation pertama saya ketika mula join syarikat ni. Ibarat sirih pulang ke gagang.

Aktiviti pindah-randah ni sebenarnya bukan asing untuk kami. Boleh dikatakan setahun sekali, mesti kami akan relocation bergantung kepada strategi syarikat. Cuma kali ni kami kena berpindah aras, Dulu cuma pusing-pusing dalam aras yang sama. Banyak fail-fail yang kena dikemaskan termasuk barang perhiasan di workstation. Orang yang tak banyak gantungan keychain akan cepat siap berkemas & pindah. Lagi sikit barang, lagi mudah kerja memindah, nak pulak personal belongings yang memang kena angkut sendiri.

Saya suka tempat baru ni sebab ianya dekat dengan HR department, Nursing Room (walaupun anak sudah berhenti menyusu badan) dan Employee Lounge. Dengan kedudukan surau yang selang setingkat je dari tempat baru ni, ia pun memudahkan kami yang beragama Islam untuk ke surau dengan gunakan tangga je. Kalau tunggu lif, agak memakan masa dan belum tentu kami masih boleh menyelit dalam lif jika waktu puncak.

Emas Aset Mudah Alih

Begitu jugak dalam kehidupan sebenar. Jika kita ada aset yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja di dunia, kita tak perlu risau untuk tinggalkan tempat kita jika berlaku sesuatu yang tak diingini. Takde siapa tahu dalam poket kita ada berkeping-keping dinar dan goldbar. Berbanding aset fizikal macam rumah sewa dan tanah kebun, ianya ambil masa yang lama untuk dicairkan. Pengalaman suami, dia terpaksa menunggu 24 bulan untuk dapatkan duit hasil jualan rumah. Memang seksa.

Sewaktu zaman peperangan panjang antara Vietnam dengan US dahulu, dilaporkan ramai
rakyat Vietnam lari meninggalkan negara dan jadi pelarian. Mereka terpaksa jual
segala harta yang ada seperti rumah dan tanah kebun yang kemudiannya ditukarkan kepada kepingan-kepingan emas yang
dinamakan Vietnam Kim Thant. Khabarnya kepingan emas tersebut nipis bentuknya sehinggakan ianya
boleh sorokkan dalam jahitan baju. Bila sampai ke negara yang mereka tuju, mereka cuma jualkan sahaja kepingan emas tu untuk mulakan hidup baru.

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *