Tingkatkan Simpanan, Rendahkan Komitmen

“Sepuluh tahun lepas, pakar kewangan sarankan untuk simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Tapi sekarang ni, dengan keadaan ekonomi semasa, saya dapati kalau nak rasa selesa (secure) dengan simpanan yang ada, kita kena simpan 30% daripada pendapatan” kat Mr Ken Ng ketika memberi ulasan ucapan penutup dalam salah satu seminar yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bertugas. Saya terkejut bila dengar ulasan sedemikian daripada ‘trainer’ yang ditugaskan untuk bercakap tentang skil & potensi diri warga pekerja berdasarkan empat (4) profile diri iaitu D.I.S.C.

Ini top 5 pilihan saya 🙂

Seminar ini lebih kepada mencungkil potensi diri warga pekerja & untuk mengenalpasti apa kekurangan & kelebihan setiap kategori profil diri ini terutamanya karekter pekerja di pejabat, karekter pekerja di rumah & karekter pekerja ketika bekerja dalam keadaan under pressure. Dalam seminar ini, kami diberi 60 “value card”. Kami perlu pilih hanya 20 kad yang mewakili diri sendiri. Kemudian daripada 20 kad itu, kami kena pilih top 10 kad, kemudian top 5 kad. Nak pilih 20 kad itu mudah, tapi bila nak buang 10 kad itu ada masalah. Kemudian nak buang lagi 5 kad lagi masalah. Alhamdulillah, saya tak ambil masa yang lama untuk pilih 5 kad yang menjadi keutamaan saya sekarang. Saya pilih “Family, Money, Health, Security & Freedom” sebab itu yang saya nampak apabila saya putuskan untuk jadi Dealer Public Gold.

Dapatkan Tabiat Baru Dengan Melakukan Perkara Itu 30hari Tanpa Gagal

Berbalik semula kepada seminar itu, apabila disemak, kesemua 60 peserta memilih ‘MONEY’ kad antara top 5 kad tersebut. Apa yang menariknya, tak kisahlah sama ada kita ini berprofil D (dominance) ataupun berprofil S (steadiness), satu ‘common needs’ kita semua mahu dalam hidup ialah ‘MONEY’. Malah ada yang letakkan MONEY sebagai keutamaan utama dalam hidup mereka terutamanya yang hanya dia sahaja yang mencari rezeki untuk keluarga.

Mr Ken sendiri menekankan yang pengurusan kewangan sangat-sangat kritikal sekarang ini. Beliau selaku leader dalam team beliau menasihatkan seorang pelatih (intern) di bawah mentorship beliau untuk simpan RM1 sehari daripada mula pelatih itu melapor diri. Kata Mr Ken lagi, jika pelatih tersebut berjaya simpan RM1 daripada hari pertama hingga ke hari kesepuluh tetapi gagal ataupun lupa simpan RM1 pada hari kesebelas, beliau akan suruh pelatih itu mula semula menyimpan dengan kiraan Day 1. Menurut buku yang beliau baca, untuk berjaya lakukan tabiat baru dengan baik, kita kena melakukan perkara tersebut selama 30 hari tanpa gagal! Beliau secara peribadi menyimpan RM10 sehari walaupun secara praktikalnya beliau boleh menyimpan lebih daripada RM300 sekaligus setiap bulan. Tabiat yang kita pupuk itulah yang membuatkan simpanan kita makin bertambah dari hari ke hari.

Poin-poin penting yang Mr Ken bentangkan semuanya ‘senada’ dengan guru-guru kewangan. Kita mesti usahakan untuk pastikan kewangan kita sentiasa sihat daripada seawal kita bekerja. Usaha pertama ialah dengan mewajibkan simpanan sebaik sahaja terima gaji pertama. Bila kewangan kita sihat, minda kita lebih positif untuk menjalankan tugas di tempat kerja dengan lebih berintegriti dan kurang tekanan. Jika ada tekanan sekalipun di tempat kerja, kita masih boleh mengawal emosi tersebut sebaik sahaja kita di rumah bersama-sama keluarga. Paling penting dalam segala hal, kita mesti sentiasa tingkatkan simpanan sebab apabila kewangan kita sihat, kita lebih bermotivasi untuk mencari kekayaan dengan cara yang betul, seterusnya mencapai kebebasan kewangan yang sebenarnya.

 

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

 

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *