Tips Jadi Penyimpan Emas Merdeka

Emas pertama saya Dinar 916 sebelum zaman GST lagi

Kata orang, langkah pertama itulah yang paling sukar. Bila dah mula, dah faham, rasa seronok itu datang sendiri. Sama juga masa nak mulakan simpanan emas. Ada yang ambil masa mengkaji, membaca, tunggu dan lihat kemudian baru bermula. Saya sendiri ambil masa selama sebulan untuk belajar dan gali ilmu tentang emas sebelum buat belian pertama. Semalam saya terima satu customer baru secara rasmi walaupun dia pernah contact saya 2 tahun yang lepas untuk beli emas. Niat nak beli dah ada tapi ada saja halangan yang membantutkan dia untuk mula simpan emas.

Sebaik sahaja dah ade simpanan emas, terus cari ilmu dan gali lagi ilmu emas supaya kita yakin untuk simpan emas secara konsisten. Kata mentor saya, bukan mudah simpan duit RM18,000 dalam akaun bank. Bila bertambah jumlah simpanan, kita mula fikir nak belanja sahaja. Simpan, bocor, simpan, bocor, simpan lagi tapi bocor lagi. Sebenarnya kita boleh capai jumlah simpanan RM18,000 dengan mudah bila simpannya dalam bentuk emas. Simpan sikit-sikit bermula dengan tabiat #1gram1bulan, nanti sedar-sedar cukup 100 gram emas (bersamaan RM18,000 +/-)! Nak capai target simpanan emas, kita kena ada mindset sebagai penyimpan emas yang merdeka. Tak perlu tunggu Dealer Emas/Introducer hantar ‘reminder’ untuk simpan emas setiap bulan.

Ikut pemerhatian saya, ada 5 ciri utama untuk jadi penyimpan emas yang merdeka.

Ciri #1: Faham Kepentingan Simpan Emas.

Beli emas bukan belanja hangus. Setiap ringgit yang kita guna beli emas bermakna kita menyimpan duit. Makin banyak duit yang kita tukar kepada emas, makin banyak gram emas yang kita dapat. Makin banyak emas yang kita kumpul bermakna makin sembuhlah penyakit boros kita. Makin banyak emas yang kita simpan bermakna makin stabil kuasa beli kita pada masa akan datang. Walau apa pun yang berlaku pada ekonomi negara, insha Allah simpanan emas kita dapat membantu keluarga kita. Pada saat rakan-rakan kita pening kepala mencari dana untuk pendidikan anak-anak, kita ready untuk jual emas kita pada bila-bila masa sahaja sebaik saja dapat tawaran belajar.

 

Ciri #2: Target Simpan sekurang-kurangnya 1 gram 1 bulan.

Bagi penyimpan emas yang sudah faham kepentingan simpan emas, mereka mesti ada target sendiri untuk simpan at least 1 gram 1 bulan sebagai simpanan untuk dilupakan @ forgotten saving. Dapat gaji, terus top up gram emas untuk disimpan dan dilupakan. Kalau gaji RM3000 dan dia ikut saranan pakar kewangan untuk simpan 10%, RM300 mesti disimpan sebelum belanja. Bagi yang simpan emas, dia boleh pecahkan kepada 2 bahagian. RM200 @ 1gram untuk simpan emas dan selebihnya boleh disimpan dalam ASB atau Tabung Haji. Kalau yang gaji RM10,000 boleh pertimbangkan untuk ‘UP’ sikit jumlah simpanan. Daripada simpan 1 gram 1 bulan, lebih baik simpan 1 dinar 1 bulan. Lagi banyak duit yang dapat diselamatkan. Kata Robert Kiyosaki ‘Savers Are Losers’ merujuk pada sesiapa yang simpan duit kertas banyak-banyak, dia akan kerugian dari sudut nilai duit. Jadi tukar duit kepada emas dapat selamatkan nilai duit untuk jangka panjang.

 

 

Ciri #3: Dapat gaji atau bonus, terus beli 1 gram emas. Harga jatuh nombor dua.

Bila kita dah letak target untuk simpan sekurang-kurangnya 1gram setiap kali gaji, kita tak ‘berkira’ sangat dengan turun naik harga emas RM1 @ RM2. Yang penting satu gram emas dah bertambah dalam simpanan. Bagi yang belum ada mindset merdeka ini, mereka masih teragak-agak nak tambah belian emas. Bila harga RM172/g kononnya nak tunggu jadi RM170/g. Bila harga dah turun jadi RM169/g, duit yang kononnya nak beli emas dah bocor sana sini. Daripada nak jimat RM1 @ RM2, dah jadi rugi 1gram emas. Oh Sayangnya.

Ciri #4: Harga emas JATUH, gembira sebab dapat BORONG Emas

Selain tak berkira sangat dengan harga emas, penyimpan emas merdeka sangat ‘terbuka’ dengan perkembangan harga emas semasa. Kalau harga emas jatuh, dia sangat gembira sebab dapat beli barang yang mahal pada harga murah, ikut benchmark dia. Ikut pengalaman saya sendiri, kalau biasanya beli cuma 1gram setiap bulan, bila tahu harga emas jatuh RM10/g, saya akan cari jalan untuk tambah gram emas. Saya sanggup potong mana-mana bajet lain yang boleh ditangguh untuk pastikan simpanan emas bertambah. Rasa tak senang duduk kalau tak borong emas ketika harga jatuh gaung. Walaupun bajet asal cuma untuk 1 gram tapi bila harga jatuh, tiba-tiba ada bajet untuk 1 dinar!

Ciri #5: Harga emas NAIK, gembira sebab NILAI aset MENINGKAT

Harga emas ada turun dan naik. Bila harga emas naik, ini bermakna nilai simpanan aset kita meningkat. Bagi pelabur emas, inilah masanya untuk mereka jual emas dan rasai untung tunai. Bagi penyimpan emas seperti saya, saya kekalkan simpanan emas saya selagi tak ada keperluan untuk jual emas-emas tersebut. Kalau perlu jual aset untuk ditukarkan kepada aset lain, waktu harga sedang meningkat inilah kita boleh dapat duit yang lebih tinggi. Tahun 2014, 100gram goldbar sekitar RM14,000. Hari ini tahun 2018 100gram goldbar yang sama bernilai sekitar RM17000. Nak untung banyak, kena simpan lagi banyak emas!

 

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *