Tips Kepada Pelabur Emas @Gold Investor

Goldbar 250g Public Gold (Spread 6%)

Bagi sesiapa yang ada bajet BESAR & LEBIH dan berminat nak jana keuntungan dengan kenaikan harga emas, ada baiknya beli emas yang sesuai untuk pelaburan. Orang berduit ni ada kelebihan untuk jadi pelabur emas @ Gold Investor. Bila jadi pelabur,matlamat utamanya ialah menjana keuntungan dengan cara jual emasnya bila harga emas naik melebihi harga belian asalnya. Kalau ikut istilahnya pelabur emas merupakan golongan buy low sell high. Dia kena beli dulu & kena tunggu masa yang sesuai untuk menjual semula emasnya untuk dapatkan keuntungan dalam bentuk wang.

Pesan guru saya, mulakan sebarang pelaburan dengan ilmu supaya kita tahu apa yang kita buat. Pelabur emas kena datang seminar emas & baca buku tentang pelaburan emas. Sebaiknya baca 4 kali buku pelaburan emas yang sama untuk lebih memahami apa yang patut dilakukan untuk menjana keuntungan maksimum dengan emas. Jika dia ambil mudah dan ambil posisi sebagai pelabur emas,  ada banyak poin-poin yang dia akan terlepas pandang. Antaranya:

1) Apa akan
berlaku jika harga tidak naik, malah semakin turun?

2) Adakah pelabur emas
akan mengalami kerugian? Kalau ini betul, apa yang kena buat untuk mengelakkan kerugian? Atau ada ke cara untuk kurangkan jumlah kerugian?

Selain poin-poin yang dia kena ambilkira seperti di atas, dia juga kena ambil tahu tentang:

1) Apa item yang sesuai untuk tujuan pelaburan?

2) Macam mana nak baca analisis teknikal graf harga emas? Apa itu support & resistance?

3) Apa nak buat bila harga emas tak ‘pergi’ seperti yang dijangka?

Tips Khas:
Ada beberapa panduan yang mungkin bermanfaat kepada sesiapa yang nak jadi pelabur emas:


1) Beli goldbar 100gram & ke atas:
– Goldbar 100gram & ke atas mempunyai spread yang nipis dan harga per gram yang lebih murah. Dengan ‘entrance cost’ yang lebih rendah & spread yang nipis, pelabur akan lebih cepat nikmati untung bila berlaku kenaikan harga emas.

2) Hadir kelas analisis teknikal:
Kelas berbayar ini dikendalikan oleh Tuan Shufaaf Noraini yang merupakan Master Dealer Public Gold merangkap fulltime trader.. Dalam kelas ini, kita diajar cara ‘baca’ turun dan naik harga graf, berita-berita semasa yang berkaitan dengan emas, istilah-istilah support & resistance.

 3) Pecahkan dana pelaburan kepada 3 bahagian:
Buat belian pertama dengan 1/3 dana yang ada.
Jika harga emas turun selepas belian pertama, kita masih ada 2/3 dana yang tinggal.
Boleh beli belian tambahan untuk RENDAHKAN harga belian dengan teknik pemurataan kos dengan 1/3 dana lagi.
Jika harga naik dan sudah melepasi harga belian @ harga purata belian, kita ada  pilihan untuk jual sebahagiannya atau jual kesemua emas yang ada. Keywordnya, JANGAN TAMAK.
Jika harga naik sedikit tapi masih belum breakeven, keywordnya ialah SABAR. Lambat laun harga emas akan naik juga.

4) Ulang proses beli & jual emas pelaburan berkali-kali
Pesan guru saya, untuk jana keuntungan sebagai pelabur proses beli & jual emas perlu dibuat berkali-kali untuk maksimumkan keuntungan duit. Kalau beli dan jual sekali sahaja, kita cuma dapat merasa keuntungan sekali tu saje.

Yang penting sesiapa yang nak jadi pelabur, selain kena ada ILMU, mestilah ada dana khas untuk pelaburan. Orang melabur guna duit lebih, bukan guna duit kecemasan apatah lagi guna duit loan. 😉

Emellia Maskor

PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

 

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *