Untung rugi simpan logam perak

Logam perak merupakan
alternatif kepada emas sebagai simpanan jangka panjang. Tapi sebelum
mulakan simpanan perak, kita kena tahu potensi untung atau rugi bila
kita simpan logam perak ni.

1) Peratusan kenaikan harga perak dijangka jauh lebih tinggi berbanding emas

Perak disebut sebagai emas pada masa hadapan. Pakar-pakar logam
berharga juga menjangkakan peratusan kenaikan perak jauh lebih tinggi
berbanding emas kerana faktor ‘low supply high demand’.
Logam
perak yang banyak digunakan oleh pihak industri (biasanya industri
elektronik) tidak berbaloi untuk dikitar semula kerana kos yang tinggi,
sedangkan industri perlu terus berkembang untuk penuhi permintaan.

2) Pergerakan harga lebih agresif

Dari sudut pergerakan harga, bila harga emas naik, harga perak akan naik 2, 3 kali
ganda lebih banyak daripada emas. Tapi, bila harga emas turun, harga perak pun akan turun lebih banyak. Orang yang betul-betul cool je lebih sesuai simpan perak sebab emosinya takkan terkesan sangat dengan keganasan turun naik harga perak!

3) Susut nilai tinggi

Berbanding emas, susut nilai logam perak lebih tinggi secara amnya. Bagi produk Public Silver, syiling 10 dirham mempunyai susut nilai 16% dan jongkong perak 1kilo pula mempunya susut nilai 12%. Tapi jika mengambil kira peratusan kenaikan harga perak yang berkali ganda naik berbanding emas, perak juga tak kurang hebatnya sebagai pelindung kekayaan.

4) Kadar kecairan yang rendah

Kecairan logam perak lebih rendah berbanding emas. Tak banyak tempat yang akan beli semula perak kecuali pengeluarnya. Berlainan dengan emas, kita boleh jual emas itu di kedai emas bukan sahaja di seluruh Malaysia bahkan seluruh dunia pada bila-bila masa sahaja.

Logam perak juga tak mudah dipajak berbanding emas. Ketika artikel ini ditulis, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE)
di Penang yang terima pajak silver. Itu pun silver keluaran Public
Gold sahaja. 
Nilai marhum pula adalah berdasarkan harga semasa ‘PG Sell’ dan bagi setiap produk perak, margin pinjaman tunai hanya 50% daripada harga semasa ‘PG Sell’ yang digadaikan.

Kesimpulannya, logam perak hanya sesuai untuk jangka masa panjang sebagai aset yang dibeli, disimpan dan dijual bila harga naik (dan nak pakai duit).

 Salam E.MAS
PG041139
012 3669 330

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *