Urus Duit Ketika Musim Perayaan

Tinggal lebih kurang 10 hari lagi umat Islam nak merayakan Aidilfitri. Biasanya musim perayaan seperti sekarang memang banyak perlukan duit. Kalau tanpa perancangan perbelanjaan yang rapi, memang boleh haru-biru jadinya. Masa mula-mula saya beraya dengan suami, memang tiada peruntukan raya yang ketara. Baju kurung paling kurang 3 pasang sebab beli kain saja dan mak yang jahit. Bila dapat anak pertama, persiapan memang tertumpu pada si bujang kecil masa tu. Dari situ dah mula terasa yang bajet raya memang kena sediakan awal-awal sebab kami bukan kakitangan awam yang boleh mengharapkan bonus kerajaan.

Tiada Bonus Raya

Tahun-tahun seterusnya saya tetap buat potongan bajet raya tapi tidaklah terlalu ketat. Kadang-kadang potong, kadang tidak. Maklumlah, masa tu masih belum celik kewangan sangat. Istilah bajet lari tu pun dah biasa. Syarikat tempat saya bekerja memang tidak beri bonus raya. Kalau ada pun cuma sekadar ‘festive advance’ yang akan ditolak daripada gaji bulan seterusnya. Masa mula-mula dapat festive advance, memang seronok tanpa kawal perbelanjaan yang wajib. Bila masa giliran gaji kena tolak, barulah terasa sakitnya.

Baiki Cara Urus Bajet Raya

Selepas tahu peritnya duit gaji kena tolak lepas raya, saya perbaiki cara urus bajet untuk raya. Saya wajibkan diri potong at least RM50 sebulan dan letakkan dalam sampul duit. Duit dalam sampul itulah bakal digunakan untuk beli apa yang patut untuk sambutan raya. Dengan cara ini saya dah sediakan ‘dana raya’ sebanyak RM600. Yang paling utama ialah baju raya anak & selebihnya untuk beli apa yang perlu. Bila anak-anak bertambah daripada seorang kepada dua orang dan seterusnya tiga orang, potongan bajet raya saya pertingkatkan. Sejak ada tiga anak, saya tetapkan kena potong RM100 setiap bulan daripada gaji. Jadi saya ada dana raya sebanyak RM1200! Sape nak bagi kalau bukan diri sendiri.

Inilah salah satu sebab kenapa kena ‘simpan dulu,belanja kemudian. Bajet raya ni memang takkan usik dana kecemasan yang ada. Dan dana raya saya biarkan dalam bentuk tunai berbanding emas. Lagipun saya nak gunakan dalam masa terdekat. Bila sampai masa nak guna (biasanya sebelum puasa), cuma perlu gunakan apa yang ada dalam sampul ni.

Sebenarnya kaedah simpan duit dalam sampul ni memang Mak saya buat dulu. Tapi saya tak nak follow sebab rasa old fashion. 😂😂. Hanya lepas baca tips daripada mentor saya dalam blog beliau, saya mula teringat cara lama Mak saya asingkan duit.

Makanya sejak 3 tahun lepas, saya mula asing2kan dana tahunan ikut keperluan yang wajib, at least untuk saya:

1) Dana Raya
2) Dana #Roadtax + MISC
3) Dana Servis Kereta

P/s: Dana holiday memang takde bajet khas sebab kami cuti bila dapat ‘duit terpijak’ je 😜

 

Emellia Maskor

012 3669 330

Dealer Kod: PG041139

Seksyen U5, Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *