Urusniaga emas Public Gold setiap saat – 24 jam x 7 hari seminggu

Baru-baru ini seorang rakan sekerja mengadu yang dia tak dapat nak jualkan ’emas’ dalam akaun pelaburan emasnya di sebuah bank pada hujung minggu. Katanya, harga emas yang dipaparkan dalam website bank itu dah naik dan dia pun dah boleh dapat untung kalau jual emas pada harga tersebut. Sayangnya, waktu urusniaga bank hanya pada hari bekerja sahaja. Dan ketika dia berkelapangan nak uruskan jual semula emas tu, harga sudah turun semula. Beliau rugi RM200 dan sampai artikel ni ditulis, beliau belum ‘break even’ lagi.

Situasi ini biasa terjadi bagi pembeli emas maya atau penyimpan duit dalam akaun pelaburan emas. Pembeli bukan saja tak dapat pegang emas fizikalnya malah ada had masa urusniaga tertentu. Kalau di Public Gold, walaupun kaunter dagangan emas dunia ditutup pada hujung minggu, tapi urusan jual beli emas Public Gold masih berjalan setiap saat walaupun harganya statik. Maknanya, pemilik emas masih boleh lock harga jual pada bila-bila masa. Pemilik emas hanya perlu datang ke cawangan Public Gold untuk serahkan emas yang sudah dilock harga tadi pada hari bekerja berikutnya. Public Gold pula akan buat bayaran selewat-lewatnya 2hari bekerja. Sangat mudah kan?

Ketika saya hadir dalam Program JutawanEmas Leadership Training (JLT) di Janda Baik baru-baru ini, Pengasas Public Gold Dato Wira Louis Ng memang mempunyai visi yang jauh untuk jadikan urusniaga Public Gold setanding bank-bank yang wujud sekarang ini yang mana urusniaga online beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Secara berseloroh, Dato kata ‘itulah sebab saya lahir pada 24 Julai (24.7). 🙂

Seperti dalam artikel yang saya pernah tulis sebelum ini tentang kelebihan emas fizikal sebagai simpanan, di bawah ini merupakan kelebihan utama emas
fizikal berbanding akaun pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank-bank:

  1. Simpanan Emas Patuh Syariah
  2. Simpanan Tunai Lebih Kebal Kebocoran
  3. Emas Kalis Inflasi
  4. Emas Magnet Kekayaan
  5. Emas Fizikal Pemegang Modal Bisnes Kecil
  6. Aset Milikan Penuh Pemilik
  7. Aset Mudah Alih
  8. Tiada Had Waktu Urusan Jual Beli

Ini bermakna kita bebas berurusniaga tanpa mengira waktu dan tempat. Bagi pemilik emas yang lebih suka menyimpan sendiri emas itu, mereka ada kelebihan untuk membawa ke mana-mana sahaja mereka pergi sebab emas adalah aset mudah alih. Hanya perlu rujuk website Public Gold untuk tahu harga terkini emas sebagai panduan harga terkini. Berdasarkan sejarah, ketika perang antara Vietnam dan US, pelarian
Vietnam membawa lari kepingan emas bersama-sama mereka untuk memulakan
kehidupan baru di tempat lain. Kepingan emas itu adalah hasil jualan
segala harta yang mereka ada sebelum ini. Kepingan emas itu sangat nipis hingga ianya boleh disorokkan di celah-celah jahitan baju tanpa dikesan oleh sesiapa pun!

Emellia Maskor
PG041139 
012 3669 330 
Seksyen U5, Shah Alam

p/s: Sila kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang lain jika bermanfaat.

 

1 Comment

  1. Emellia Maskor

    Sekadar makluman, rakan saya akhirnya berjaya jual emas mayanya pada minggu lepas 🙂

    Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *